PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Ahad, 20 November 2011

Kerajaan perlu tegas pertahan keputusan mansuh PPSMI


SUDAH berulang kali saya menyatakan saya tidak pernah menentang hasrat untuk melihat generasi muda kita menguasai bahasa Inggeris yang kini menjadi bahasa penting pada peringkat antarabangsa.
Bahkan saya pernah menyatakan bahawa pelajar bukan sahaja patut diberi galakan dan disediakan peluang untuk mereka mempelajari dan  menguasai dua bahasa, bahkan jika lebih banyak daripada itu pun tidak mengapa. Jika mereka mampu untuk mempelajari dan menguasai tiga empat bahasa pun apa salahnya. Tidak ada sebab untuk kita menghalang mereka berbuat demikian.

Rabu, 9 November 2011

Penjelasan TPM mengenai pelaksanaan PPSMI secara soft-landing

PADA 4 November lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penjelasan berhubung kaedah pelaksanaan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) secara soft-landing (beransur-ansur).  Walaupun kenyataan ini boleh diakses melalui laman web Kementerian Pelajaran dan sudah disiarkan secara meluas dalam media massa, untuk manfaat pengunjung blog ini dan rujukan pada masa depan, saya perturunkan juga kenyataan beliau itu.

PPSMI: Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran


SEWAKTU isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih hangat diperkatakan berikutan ada pihak yang mendesak supaya dasar itu dikekalkan, saya telah menulis satu rencana di dalam kolum saya, Sekali Bicara, di dalam majalah PENDIDIK keluaran OKTOBER 2011. Walaupun kini sudah memasuki November, untuk tujuan simpanan dan rujukan masa depan, saya paparkan juga rencana berkenaan di sini. Terima kasih.

Khamis, 21 Julai 2011

Media sosial baru bukan kewartawanan sebenar: Prof Janet Steele

Daripada Ahmad Kamal Dahalan

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat.



Jumaat, 25 Mac 2011

Syabas terus usaha jamin bekalan air bersih

Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana empat bahagian ini mengupas beberapa isu air khususnya di Malaysia sempena Hari Air Sedunia 2011 yang disambut pada 22 Mac 2011. Tema sambutan tahun ini "Air Untuk Bandar: Respons terhadap Cabaran Bandar".

Ini bahagian akhir daripada empat bahagian.

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Setiap kali berlaku gangguan bekalan air, lazimnya pengguna akan cepat melenting maka keluarlah pelbagai perkataan berbaur kemarahan terhadap pihak yang bertanggung jawab mengendalikan khidmat tersebut.

Air: Bila bekalan dan kualiti menjadi isu

Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana empat bahagian ini mengupas beberapa isu air khususnya di Malaysia sempena Hari Air Sedunia 2011 yang disambut pada 22 Mac 2011. Tema sambutan tahun ini "Air Untuk Bandar: Respons terhadap Cabaran Bandar".

Ini bahagian tiga daripada empat bahagian.

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Warga kota Kuala Lumpur memang banyak rungutan. Daripada kesesakan lalu lintas, kenaikan kos sara hidup kepada harga barangan keperluan yang sering naik tetapi jarang turun terutama menjelang musim perayaan.

Khamis, 24 Mac 2011

Mana satu pilihan hati: Tingkatan enam, diploma atau matrikulasi?

Oleh Mohd Fuad Razali

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diumumkan. Sekarang anak-anak yang sudah mendapat keputusan SPM, sesetengahnya mungkin masih lagi tergaru-garu kepala - walaupun kepalanya tidak gatal - kerana pening memikirkan ke kursus pengajian apa yang hendak dipilih dan nak pergi ke universiti mana.  

Rabu, 23 Mac 2011

Apakah kita semakin tamak, kurang prihatin?

Oleh Nurul Halawati Azhari

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Benarkah ada di antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain? Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan-santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi 'tamak haloba'.

Bandar semakin diancam krisis air Bhg 2

Air: Wira Yang Tidak Didendang


Penduduk Malaysia mencemarkan air sungai apabila menjadikan tempat untuk membuang sampah sarap.

Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana empat bahagian ini mengupas beberapa isu air khususnya di Malaysia sempena Hari Air Sedunia 2011 yang disambut pada 22 Mac 2011. Tema sambutan tahun ini "Air Untuk Bandar: Respons terhadap Cabaran Bandar". Ini bahagian 2 daripada empat bahagian.

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Macam teh tarik! Begitu gambaran fizikal sesetengah air yang dibekalkan ke loji perawatan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Selasa, 22 Mac 2011

Jumlah pesakit buah pinggang dijangka terus meningkat

KATA orang, mencegah lebih baik daripada berubat. Berikut adalah nota sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang saya petik daripada blog Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  mengenai senario penyakit buah pinggang dalam kalangan rakyat di Malaysia. 

Bandar semakin diancam krisis air Bhg 1

SAYA ternampak rencana ini yang disiarkan dalam Bernama Online yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama.

Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana empat bahagian ini mengupas beberapa isu air khususnya di Malaysia sempena Hari Air Sedunia 2011 yang disambut pada 22 Mac 2011. Tema sambutan tahun ini "Air Untuk Bandar: Respons terhadap Cabaran Bandar".,/i>

Ini bahagian satu daripada empat bahagian.

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Menurut ramalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semakin ramai orang tinggal di bandar berbanding desa. Pada penghujung 2008, dianggarkan kira-kira separuh daripada penduduk dunia iaitu lebih tiga bilion menjadi penghuni bandar.

Selasa, 1 Mac 2011

Imbuhan bai’ah: Jangan wang menjadi duri dalam daging


Oleh Mohd Fuad Razali
(Nota: Rencana ini pada asalnya disiarkan dalam kolum Sekali Bicara, majalah Pendidik keluaran Mac 2011. Ketika rencana ini ditulis imbuhan berkenaan belum lagi disampaikan oleh kerajaan kepada guru yang berkelayakan menerimanya.)

PADA 10 Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif untuk guru besar dan guru di 924 sekolah kerana kejayaan melonjakkan prestasi sekolah masing-masing. Mengikut laporan akhbar, setiap guru besar akan imbuhan sebanyak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang pula akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya sebanyak RM900 seorang. Imbuhan itu dijangka diberikan pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rabu, 23 Februari 2011

Mengenang penerapan nilai murni merentas kurikulum

Oleh Mohd Fuad Razali


SAYA tertarik membaca mengenai pengalaman sebuah sekolah di Amerika Syarikat, Sekolah AB Combs Elementary, mengajarkan prinsip kepimpinan kepada muridnya seperti yang diceritakan oleh Stephen R Covey dalam bukunya, ‘The Leader in Me’. Pengajaran mengenai prinsip kepimpinan itu dibuat dengan menggunakan pendekatan menyeluruh iaitu menerapkannya dalam semua subjek dan perkara yang dilakukan di sekolah, bukan diajarkan sebagai satu subjek yang berasingan.
 Pendekatan itu menjadi teras kepada strategi sekolah berkenaan untuk mengajarkan prinsip kepimpinan serta asas kepada budaya sekolah berkenaan. Pendekatan itu juga dikatakan membuahkan hasil dengan keputusan akademiknya lebih baik, kepuasan warga sekolah lebih tinggi dan masalah disiplin berkurangan. Guru di sekolah itu menyatakan pendekatan berkenaan adalah cara yang lebih baik bagi melakukan perkara yang mereka lakukan selama ini.

Selasa, 22 Februari 2011

Tukang rumah cemerlang STPM

Pelajar gigih bekerja sambilan pada hujung minggu bayar yuran periksa
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Mohd Azrone Sarabatin

SYIVERO berkongsi kegembiraan bersama bapanya, Patrick Jimmy (kiri) dan ibunya Lompah Kinson, pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Kesibukan memenuhi jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang padat tidak melemahkan semangat Syivero Patrick, gigih bekerja sambilan sebagai tukang rumah bagi mengumpul duit membeli keperluan persekolahan dan membayar yuran peperiksaan.

Pengorbanan Syivero untuk meringankan beban ibu bapanya yang menyara hidup dengan bersawah, tidak sia-sia apabila anak kelima daripada tujuh beradik itu dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Luar Bandar dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 yang diumumkan, semalam.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Oleh Mohd Fuad Razali

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 diumumkan semalam. Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon dilaporkan lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan itu. Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 Nov hingga 16 Dis tahun lepas di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2010, sebanyak 47,369 adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,591 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon sekolah integriti.

Jumaat, 18 Februari 2011

Sikap ibu bapa pengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran Bhg. 5 (Akhir)

Oleh Mohd Fuad Razali

SELAMAT bertemu lagi. Kali ini saya akan menyambung lagi mengenai beberapa sikap ayah saya terhadap pelajaran anak-anaknya.

7. Memastikan anak-anak berada di rumah pada waktunya.
Memang sudah menjadi kelaziman bagi ayah sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya berada di rumah pada waktunya. Misalnya, selepas tamat persekolahan, kami perlu terus balik ke rumah. Bukan melencong ke tempat lain. Jika saya terpaksa terus berada di sekolah kerana kegiatan kokurikulum misalnya, maka saya akan memberitahu ayah dan emak terlebih dahulu bahawa pada hari itu saya akan pulang lewat.

Khamis, 10 Februari 2011

Sikap ibu bapa pengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran Bhg. 4

 Oleh Mohd Fuad Razali

SETAKAT ini saya sudah menceritakan tiga sikap ayah saya berhubung pelajaran anak-anaknya, iaitu mengutamakan pelajaran anak-anak, mempunyai sikap yang betul terhadap guru serta mempunyai dan berkongsi wawasan anak-anak.  Kali ini saya ingin menyambung dan berkongsi mengenai beberapa lagi sikap ayah berhubung perkara itu.

Rabu, 9 Februari 2011

Sikap ibu bapa pengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran Bhg 3

Oleh Mohd Fuad Razali


DALAM bahagian kedua saya telah berkongsi pandangan saya mengenai sikap ayah terhadap pelajaran saya dan adik-adik yang lain. Saya telah menyatakan bahawa ayah saya mempunyai sikap memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anaknya. Dalam bahagian ketiga ini, saya akan memperkatakan dua lagi sikap ayah yang pada pandangan saya sangat mempengaruhi cara beliau menangani pembelajaran kami.

Isnin, 31 Januari 2011

Sikap ibu bapa pengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran Bhg. 2

Oleh Mohd Fuad Razali


DALAM posting yang lepas saya menyatakan sewaktu berucap dengan ibu bapa dan waris pelajar di sebuah sekolah menengah, saya memilih untuk bercerita mengenai apa yang dilakukan oleh ayah saya dalam memberikan pelajaran kepada saya dan adik-adik saya.

Isnin, 24 Januari 2011

Sikap ibu bapa pengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran Bhg. 1

Oleh Mohd Fuad Razali

SAYA selalu menjadi serba salah setiap kali diminta untuk bercakap kepada ibu bapa mengenai masalah dan sikap anak-anak. Perasaan yang sama saya alami sekali lagi apabila diminta oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Mejar Abdul Halim untuk bercakap dalam perjumpaan bersama ibu bapa dan waris pelajar tingkatan tiga sekolah itu, Sabtu lalu.

Sebenarnya saya dijemput ke majlis itu atas kedudukan saya sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, jawatan yang saya sandang sejak 2008 lagi. Bukan saya tidak pernah berucap di hadapan ibu bapa dan waris pelajar sekolah berkenaan. Dalam mesyuarat agung tahunan PIBG sudah tentu. Bahkan, saya pernah dijemput untuk berucap di hadapan ibu bapa dan waris dalam majlis seperti itu pada 2005. Ketika itu anak sulung saya bersekolah itu dan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun berkenaan.

Ahad, 23 Januari 2011

19 masalah pembelajaran pelajar tingkatan tiga

Oleh Mohd Fuad Razali

SEMALAM, saya menghadiri perjumpaan dengan ibu bapa dan waris pelajar-pelajar tingkatan tiga. Sekolah ini mempunyai lapan kelas tingkatan tiga, tetapi perjumpaan ini membabitkan ibu bapa dan waris pelajar dalam empat kelas yang terakhir.

Sama seperti sekolah harian yang lain, pelajar-pelajar yang berada dalam kelas ini pencapaian pelajaran mereka dikatakan agak rendah berbanding pelajar-pelajar lain. Namun, mereka tidak disisihkan. Bahkan guru tetap berusaha untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian mereka. Jika tidak meningkat 100 peratus pun, meningkat separuh daripadanya pun sudah memadai.

Jumaat, 14 Januari 2011

Renungan 1: Tinggalkan perkara yang sia-sia

Oleh Mohd Fuad Razali


Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda (yang bermaksud): "Di antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang sia-sia bagi dirinya." (HR Tarmizi)


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

Kisah seorang banduan: Tanpa ilmu, aku jadi begitu

Oleh Mohd Fuad Razali

SEWAKTU sambutan Ma'al Hijrah yang berlangsung bulan lalu, surau di kawasan perumahan tempat saya tinggal telah mengadakan program ceramah dan qiamullail. Program kali ini agak luar biasa sedikit. Yang luar biasa tu bukan acaranya kerana mengadakan majlis ceramah sempena kedatangan tahun baru hijrah adalah perkara biasa. Tetapi yang luar daripada kebiasaan adalah penceramahnya.

Kebiasaannya yang datang berceramah di majlis sambutan Ma'al Hijrah adalah orang lulusan agama, tidak kiralah sama ada mufti, pegawai jabatan agama Islam, pensyarah Pengajian Islam, guru agama atau pendakwah bebas. Bagaimanapun, penceramah yang dijemput ke surau itu pada malam berkenaan adalah bekas banduan. Ya, bekas banduan. Sebab itu saya katakan luar biasa. Banduan itu juga bukan calang-calang orang kerana berada di dalam penjara selama 30 tahun 11 bulan 9 hari, menjadikannya banduan paling lama ditahan di negara ini.

Khamis, 13 Januari 2011

Tingkatan satu dan tingkatan empat bukan tahun berbulan madu!

Oleh Mohd Fuad Razali

APABILA fajar menyinsing pada 3 Januari lalu, sesi persekolahan 2011 pun bermula di seluruh negara. Serentak pada hari yang sama. Masih belum terlewat rasanya saya ingin mengucapkan selamat belajar kepada semua pelajar yang baru (baru masuk sekolah) dan yang lama.

Kepada pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, Isnin lalu, secara automatik semua naik kelas. Yang belajar di Tahun 6 di sekolah rendah tahun lalu, masuk ke tingkatan satu tahun ini manakala yang belajar di tingkatan tiga pula tahun lalu, melangkah masuk terus ke tingkatan empat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)