SELAMAT menyambut Idil Fitri saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para pengunjung blog dan terima kasih juga kepada mereka yang memberikan sokongan terhadap blog ini. Saya memohon jutaan kemaafan sekiranya sepanjang saya berblog menyampaikan pandangan saya menerusi blog ini, terdapat perkataan yang mungkin menyinggung hati dan perasaan anda. Saya sebenarnya tidak bermaksud untuk berbuat demikian, sebaliknya saya hanya mahu menyampaikan pandangan saya dengan cara yang jujur dan berterus-terang atas niat dan tujuan yang satu: untuk kebaikan masa depan kita bersama.
Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Selamat menyambut Idil Fitri.
MOHD FUAD RAZALI