PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Ahad, 23 Januari 2011

19 masalah pembelajaran pelajar tingkatan tiga

Oleh Mohd Fuad Razali

SEMALAM, saya menghadiri perjumpaan dengan ibu bapa dan waris pelajar-pelajar tingkatan tiga. Sekolah ini mempunyai lapan kelas tingkatan tiga, tetapi perjumpaan ini membabitkan ibu bapa dan waris pelajar dalam empat kelas yang terakhir.

Sama seperti sekolah harian yang lain, pelajar-pelajar yang berada dalam kelas ini pencapaian pelajaran mereka dikatakan agak rendah berbanding pelajar-pelajar lain. Namun, mereka tidak disisihkan. Bahkan guru tetap berusaha untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian mereka. Jika tidak meningkat 100 peratus pun, meningkat separuh daripadanya pun sudah memadai.


Mengikut pengetuanya, dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu ada beberapa orang pelajar di dalam kelas sebegini yang berjaya mendapat tujuh dan lapan A. Ini sudah dikira cukup baik! Pengetua itu sendiri kagum dengan pencapaian berkenaan.  Beliau percaya, keputusan itu adalah hasil daripada fokus yang diberikan lebih sedikit daripada biasa kepada pelajar-pelajar terbabit. Berikutan itu, pihak sekolah merancang untuk mengadakan program khusus untuk peningkatan PMR untuk membantu pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

Perjumpaan semalam bertujuan berkongsi makumat mengenai masalah yang dihadapi pelajar-pelajar kelas akhir dengan ibu bapa mereka. Mudah-mudahan dengan pendedahan itu, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka ketika di rumah, bagi menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah.

Berikut adalah masalah pelajar tingkatan tiga dalam kelas berkenaan yang dibentangkan oleh pengetua semalam:

Situasi di rumah:
1. Ponteng sekolah
2. Datang lewat ke sekolah
3. Tidak menyiapkan kerja rumah
4. Berambut panjang. Ada juga yang menggunting rambut dengan gaya yang tidak sesuai untuk pelajar sekolah. Ada juga yang mewarnakan rambut.
5. Tidak membawa buku teks, buku latihan dan buku nota ke sekolah. Ada yang memberi alasan buku hilang. Ada juga yang menulis nota untuk semua mata pelajaran satu buku sahaja! Mengikut pengetua, puncanya kerana tidak melihat jadual waktu.
6. Tidak mempunyai alat untuk pembelajaran seperti pen, pensil, pembaris, warna dan alat mewarna, alat geometri dan kulkulator.
7. Tidak menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh sekolah untuk mereka, walaupun kelas itu dibuat selepas waktu sekolah.

Situasi di sekolah:
1. Membuat bising di dalam kelas.
2. Tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran.
3. Tidur di dalam kelas. Tidur sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Ada terpaksa dikejutkan berkali-kali. Biasanya kebiasaan keluar malam dikenal pasti menjadi punca kepada keadaan ini.
4. Ponteng kelas.
5. Merokok
6. Merosakkan harta benda sekolah.
7. Lambat masuk kelas dan suka merayau-rayau.
8. Biadap dengan guru.
9. Ingkar arahan guru.
10. Tidak menyiap kerja rumah dan latihan di sekolah.
11. Tidak solat dan tidak berpuasa. Mengiikut pengetua, dalam satu tinjauan yang dibuat di sebuah sekolah menengah 75 peratus mengaku mereka tidak solat dan 55 peratus mengaku jarang-jarang melihat bapa mereka mendirikan solat.
12. Bertumbuk.

Saya percaya setiap pelajar boleh diajar dan mahu belajar. Saya juga percaya tidak ada pelajar yang sebenarnya bodoh dan lemah. Saya sependapat dengan pengetua bahawa ia hanya berpunca daripada sikap. Inilah cabaran besar kepada ibu bapa dan guru-guru iaitu membetulkan sikap anak-anak terhadap pelajaran.

Saya teringat satu analogi yang ditulis oleh pengasas program Motivasi Alihan Pelajar, Dr Tengku Asmadi, berhubung perkara ini. Beliau menulis seperti berikut:

"Dalam satu pertandingan lumba kuda di Las Vegas, kudah yang mendapat tempat pertama menerima hadiah wang sebanyak US$400,000. Kuda yang memenangi tempat kedua pula sebanyak US$150,000. Bermakna kuda pertama memenangi hadiah wang hampir tiga kali ganda lebih banyak berbanding kuda kedua. Adakah ini bermakna kuda pertama tiga kali ganda lebih hebat, lebih kuat ataupun lebih pantas berbanding kuda kedua? Sebenarnya tidak. Malah dalam beberapa siri pertandingan lumba kuda, juara ditentukan selepas juri meneliti gambaran video gerak perlahan. Juri mendapati kuda pertama hanya seinci sahaja di hadapan kuda kedua. Menakjubkan! Dengan perbezaan seinci sahaja, kuda itu membawa pulangan tiga kali ganda lebih besar.

"Begitulah juga dalam belajar. Anda tidak perlu tiga kali ganda lebih pandai, lebih pintar, lebih rajin ataupun lebih genius untuk menjadi pelajar nombor satu. Apa yang perlu anda lakukan hanya perlu ada sedikit perbezaan berbanding pelajar yang lain. Berbeza sedikit daripada segi tumpuan, masa belajar, motivasi diri, psikologi, pengambilan nota, cara mengingat, dan sebagainya. Dengan perbezaan yang sedikit ini, anda mampu menempatkan diri sebagai juara.

"Apabila anda lakukan apa yang orang ramai lakukan, anda memperoleh hasil seperti apa yang ramai orang peroleh. Malangnya, 80 peratus daripada orang ramai mencipta pencapaian yang biasa sahaja, dan 15 hingga 20 peratus sahaja yang mencipta pencapaian yang luar biasa, dan 5 peratus sahaja yang menjadi terbilang atau outstanding. Jangan takut dilihat berbeza sedikit berbanding orang lain kerana mereka yang berjaya adalah mereka yang berani untuk berbeza (dare to be different)!"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)