PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Selasa, 22 Mac 2011

Jumlah pesakit buah pinggang dijangka terus meningkat

KATA orang, mencegah lebih baik daripada berubat. Berikut adalah nota sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang saya petik daripada blog Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai  mengenai senario penyakit buah pinggang dalam kalangan rakyat di Malaysia. 

Nota Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia
1. Penyakit buah pinggang kian bertambah dengan begitu pesat di dunia yang membangun. Dengan bertambahnya bilangan penduduk warga emas serta peningkatan masalah kegemukan, tekanan darah tinggi dan kencing manis, jumlah pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang yang kronik terus bertambah.

2. Adalah dianggarkan 10% dari jumlah penduduk mengidap berbagai peringkat penyakit buah pinggang. Malangnya sejauh mana berlakunya dan berapa ramai pesakit buah pinggang kronik yang sebenar di Malaysia masih tidak dapat dipastikan. Adalah dalam perancangan untuk mengambil kira aspek ini dalam Kajian National Health and Morbidity Survey pada masa depan yang akan dijalankan 4 tahun sekali berbanding dengan 10 tahun sekali terdahulu.

3. Apa yang diketahui pada masa ini ialah jumlah pesakit yang mengidap “end stage kidney disease” yang telah menyertai program dialisis dan pemindahan buah pinggang. Berasaskan data dari “National Renal Registry”, pertambahan pesakit yang menjalani rawatan dialisis yang baru meningkat dari 79 bagi sejuta penduduk pada tahun 2000 kepada 146 bagi sejuta penduduk pada tahun 2009. Lebih dari 4,000 pesakit baru memerlukan rawatan dialisis setiap tahun. Jumlah pesakit yang memerlukan perkhidmatan dialisis meningkat dari 6,689 pada tahun 2000 kepada 21,159 pada tahun 2009.

4. Jumlah pesakit tersebut dijangka akan terus bertambah. Lebih ramai lagi warga Malaysia akan menanggong penyakit buah pinggang kronik, yang semestinya memerlukan pertambahan perbelanjaan kesihatan untuk membiayai kos dialysis, di samping kehilangan produktiviti dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit dan keluarga mereka.

5. Pada tahun 2009, 58% dari pesakit dialisis baru di Malaysia mengidap penyakit kencing manis dan 8% adalah akibat dari penyakit hypertensi (tekanan darah tinggi). Malaysia adalah negara yang mempunyai pesakit yang mengidap “diabetes mellitus” yang tertinggi yang menjadi penyebab utama “end stage kidney failure” berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

6. Tema Hari Buah Pinggang Sedunia tahun ini ialah “Protect Your Kidneys, Save Your Heart”, iaitu “Lindungi Buah Pinggang Untuk Menyelamatkan Jantung Anda”. Statistik dari “National Renal Registry” mengenalpasti sebab utama kematian pesakit dialisis ialah penyakit kardiovaskular. Pada tahun 2009, 34% dari kematian pesakit dialisis disebabkan penyakit tersebut; sewajarnya satu hakikat yang amat membimbangkan.

7. Buat masa ini telah dibuktikan bahawa penyakit buah pinggang kronik, termasuk pesakit di peringkat yang hanya mempunyai protein dalam air kencing, akan menambah risiko serangan awal penyakit kardiovaskular dan risiko kematian dari penyakit kardiovaskular berkaitan. Penyakit buah pinggang kronik pada masa ini telah dibuktikan sebagai satu penyebab tersendiri bagi penyakit kardiovaskular.

8. Oleh yang demikian, pengesanan dan pencegahan penyakit buah pinggang kronik boleh memberikan kesan positif bukan sahaja untuk penyakit buah pinggang tetapi juga penyakit jantung. Penjagaan buah pinggang ialah satu strategi kesihatan yang boleh menyelamatkan jantung pesakit.

9. Oleh itu pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang kronik sewajarnya dijadikan komponen yang penting dalam strategi kesihatan sebagai langkah untuk mengurangkan beban penyakit-penyakit tidak bejangkit yang amat besar dan terus meningkat.

10. Kementerian Kesihatan amat khuatir kerana bertambah ramai warga Malaysia yang menjalani gaya hidup tidak sihat yang mana mengakibatkan kegemukan. Kegemukan, seperti yang kita maklum, meningkatkan risiko penyakit diabetis, hypertensi, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang kronik. Penyakit penyakit ini di takrifkan sebagi “Non communicable Diseases (NCDs)” yang merupakan sebab utama kematian awal orang dewasa Malaysia. Statistik dari National Health and Morbidity Survey yang di kendalikan pada tahun 2006 sungguh membimbangkan!

- 43.7% atau anggaran 5.5 juta warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah tidak aktif secara fisikal.

- 29.1% berumur 18 tahun keatas adalah gemuk (overweight).

- 14% atau 1.7 juta penduduk Malaysia adalah “Obese” dengan BMI > 30, pertambahan 200% secara relatif berbanding 10 tahun sebelumnya.

- 14.9% warganegara Malaysia berumur 30 keatas mengidap kencing manis.

- 42.6% (5.4 juta) berumur 30 keatas mengidap hypertensi.

11. Adalah penting bagi kita menyedari bahawa penyakit tidak berjangkit seperti yang telah dinyatakan termasuk penyakit buah pinggang kronik dan kematian awal disebabkan komplikasi penyakit berkaitan boleh dicegah. Oleh yang demikian Kementerian Kesihatan telah merangka satu Pelan Strategik Kebangsaan atau “National Strategic Plan “ untuk penyakit –penyakit tidak berjangkit ini.

12. Salah satu dari strategi-strategi yang dirangka ialah Action with NGOs, Professional Bodies and Other Stakeholders. Perubahan gaya hidup kepada yang sihat bagi penduduk negara memerlukan sumbangan dari seluruh masyarakat. Oleh kerana peruntukan sumber yang terhad, Kementerian Kesihatan perlu terus menjalinkan kerjasama dengan “stakeholders” yang lain termasuklah Malaysian Society of Nephrology dan National Kidney Foundation. Adalah amat perlu kita menyedarkan semua warganegara Malaysia supaya mereka bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri serta terus meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk untuk menjalani gaya hidup sihat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)