Oleh Mohd Fuad Razali
ADA dua berita dalam akhbar Berita Harian, hari ini, yang menarik perhatian saya. Pertama, berita kematian bekas anggota Askar Wataniah, Mohd Naim Itam Ahmad, 44, mengakhiri penderitaannya selama setahun akibat berat badannya yang melebihi 350 kilogram.
Kedua, kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri bahawa kerajaan akan menimbang secara serius cadangan menghentikan perjalanan bas ekspres tengah malam hingga awal pagi untuk mengelak nahas yang kerap berlaku membabitkan perkhidmatan pengangkutan berkenaan. Antara punca yang selalu dikaitkan dengan nahas bas ekspres itu ialah pemandu mengantuk, keletihan atau tidak produktif.
Saya ada pandangan sendiri mengenai berita kedua ini, tetapi tidak bercadang mengulas mengenainya sekarang. Mungkin lain kali. Apa yang saya nak katakan sekarang adalah mengenai isu obesiti (kegemukan) dan masalah tidak cukup rehat.
Ini adalah antara dua contoh mengenai masalah kesihatan yang dihadapi masyarakat kita sekarang. Kedua-duanya ada kaitan dengan masalah pemakanan dan gaya hidup.
Ramai orang sedar tentang kepentingan pemakanan yang seimbang tetapi berapa ramai pula yang benar-benar mengamalkannya. Kita makan apa yang kita suka makan. Dan biasanya kalau dah sedap makan, kita rasa susah nak berenti. Dan kita akan makan berulang-ulang kali. Makan yang sedap tak salah, tetapi apa yang dimakan, cara kita makan dan bila kita makan mungkin menyebabkan kita salah - menyumbang kepada masalah kesihatan.
Saya teringat pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, pernah berpesan supaya pelajar makan malam lebih awal. Seboleh-bolehnya sebelum maghrib. Maknanya sekitar jam 6 hingga 6.30 petang kerana katanya, badan kita mengambil masa dua jam untuk menghadamkan makanan yang dimakan. Dalam tempoh itulah kita sering berasa mengantuk. Jadi, jika kita makan pada jam 6 petang, proses penghadaman itu akan berakhir pada jam 8 malam. Dengan itu, pelajar akan kembali segar dan sudah boleh mengulangkaji pelajaran sebelum masuk tidur jam 10 atau 11 malam.
Tidakkah perkara yang sama juga penting untuk kita yang hendak memandu? Sering berlaku, dalam perjalanan jauh, apabila berhenti berehat, terutama waktu tengah hari atau malam, ada pemandu yang makan nasi. Selepas 30 atau 40 minit kemudian meneruskan perjalanannya kembali. Tak bahayakah tu? Apatah lagi jika sebelum bertolak, pemandu tidak mendapat rehat yang mencukupi!
Gaya hidup moden menambahkan lagi kepada masalah kesihatan: obesiti, stres, gangguan waktu tidur, tidak cukup rehat. Kadangkala kita merasakan kita tidak ada masa untuk melakukan senaman. Di Alor Setar ini pun, banyak bangunan ada lif dan pasar raya pun dah ada escalator. Nak naik dan turun satu tingkat pun, naik lif dan escalator. Senaman apatah lagi. Selalu kita mendengar alasan tidak ada masa.
Apabila kurang bersenam, kita kurang berpeluh. Apabila badan tidak berpeluh, bererti lemak yang berlebihan dalam badan kita tidak dibakar. Ini antara punca yang menyumbang kepada masalah obesiti, masalah jantung (seperti salur darah tersumbat), darah tinggi dan juga strok. Keempat-empat ini ada kaitan.
Saya tidak mengatakan inilah satu-satunya sebab berlakunya kemalangan dan obesiti. Mungkin ada sebab-sebab lain lagi. Harap pakar-pakar kesihatan dapat menghuraikannya.
Sungguhpun laporan mengatakan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan sudah meningkat di kalangan masyarakat kita, rata-rata masih lagi bersikap reaktif dalam aspek kesihatan. Kata-kata 'mencegah lebih baik daripada merawat' dan 'cegah sebelum parah' kurang mendapat perhatian.
Saya percaya gejala seperti obesiti, mengantuk, keletihan dan tidak produktif boleh diatasi jika kita mengambil langkah yang proaktif dalam menjaga kesihatan (dan sudah tentu juga keselamatan) kita. Memang sukar untuk memastikan kita benar-benar mengambil makanan yang seimbang dan memang sukar untuk memastikan kita benar-benar berada dalam persekitaran yang bersih.
Badan kita sebenarnya samalah seperti kereta dan motosikal kita - perlukan penyenggeraan (servis) apabila tiba waktunya. Tetapi berapa kali kita servis tubuh badan kita? Jika kenderaan rosak kita ada alat ganti, tetapi bagaimana jika badan kita rosak? Mengapa tidak kita peruntukkan sejumlah wang untuk tujuan 'servis badan kita' pada setiap bulan semata-mata untuk memastikan tubuh badan kita sihat.
Saya ada jiran, yang sudah lanjut usia. Tinggal di rumah semi-D dua tingkat yang baru dibeli kira-kira setahun lalu, berharga sekitar RM260,000, katanya, menggunakan wang pencen si suami, mereka berdua memang sudah uzur. Kira-kira tiga bulan lalu, isterinya dimasukkan ke hospital, pada waktu malam. Menurut si isteri, memang keadaannya agak kritikal pada malam itu. Sewaktu berkunjung dia mengadu, selalu berasa kesejukan kaki dan tangan, dan ada beberapa masalah kesihata lain lagi yang tidak serius. Dia tidur di tingkat bawah kerana tak berdaya nak menaiki tangga ke tingkat atas.
Dia pernah diberi peluang mencuba secara percuma pelapik tilam terapeutik berharga kira-kira RM2200. Selepas itu dia mengembalikan kepada pemiliknya dengan alasan kesian kepada anak-anaknya. Jika dia mahu membelinya, itu akan membebankan anak-anaknya kerana selama ini anak-anaknya yang menanggung pembelian ubat yang diambil di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar.
Yang menariknya, pada masa yang sama, kedua-dua suami isteri itu bercerita hasrat mereka nak membeli tanah di tepi rumah mereka kerana nak meluaskan sedikit kawasan rumah. Ha, dalam keadaan sakit sedemikian masih ada hati dan memikirkan nak beli tanah. Harga tanah di Alor Setar sekarang pun bukan murah!
Saya terfikir, takkan dengan dua tiga ribu ringgit boleh dapat tanah di tepi rumah tu. Tetapi untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit, RM2000 pun berasa mahal. Saya hanya mampu menggeleng kepala mengingatkannya.
Agaknya macam tulah, kan, tanah dan harta benda lebih berharga daripada kesihatan kita!
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan