PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Jumaat, 2 Oktober 2009

4 strategi kekal kenyang secara sihat

Oleh Mohd Fuad Razali

HARI ini sudah masuk 13 hari bulan Syawal. Suasana raya masih lagi ada. Sana sini, orang masih sibuk mengadakan rumah terbuka. Maklumlah, puasa sebulan. Jadi, raya pun sebulanlah!

Apabila menjelang raya, satu masalah yang selalu timbul adalah makan. Bukan masalah tak cukup makan, tetapi terlebih makan. Jika ada yang boleh mengawal pemakanan sepanjang Ramadan lalu, bila dah menjelang Syawal, belum tentu lagi mampu mengawal nafsu makan.



Jadi, kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai strategi makan secara sihat untuk mengekalkan kekenyangan.

Strategi pemakanan yang unggul ialah dengan memakan produk berserat dan protein yang tinggi setiap hari. Serat mengandungi kalori yang rendah dan sebenarnya mengenyangkan, sementara pemakanan yang tinggi kandungan protein pula membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. dengan itu, menyebabkan kita mengambil kurang kalori.

Pantau pemakanan anda

Untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat, ia membabitkan membuat pelbagai pilihan. Antaranya ialah memilih pemakanan yang seimbang kerana kaedah terbaik untuk kekal sihat adalah dengan mencegah diri daripada menjadi obes, dan cara untuk mengekalkan kesihatan dan kelangsingan, tidak lain dan tidak bukan adalah melalui amalan pemakanan yang sihat. Menjadi langsing bukan sekadar untuk kelihatan menarik tetapi yang lebih penting adalah untuk kekal sihat.

Jika kita dapat mengawal nafsu makan kita, kita boleh meneruskan amalan diet dan mengurus berat badan kita dengan lebih mudah. Malah, inilah kunci utama kepada kejayaan program pengurusan berat badan. Teorinya amat mudah iaitu jika kita rasa kenyang, kita akan makan kurang dan hasilnya berat badan kita juga akan menurun.

Strategi untuk kekal kenyang

Strategi 1: Jangan berlapar
Kajian saintifik menunjukkan jika anda mengamalkan diet yang menyebabkan berat badan turun secara mendadak, anda sebenarnya menghalang tubuh badan anda mendapat nutrien tertentu yang diperlukannya. Selepas itu, apabila kembali mengamalkan pemakanan seperti biasa, tubuh anda secara automatik akan menyimpan semua zat-zat berkenaan. Ini akan menyebabkan berat badan anda akan kembali bertambah apabila anda kembali mengamalkan pemakanan seperti biasa. Sebenarnya mengikut kajian saintifik, mengambil makanan atau hidangan pada jumlah yang sedikit tetapi dimakan secara kerap pada kala masa tertentu akan menggalakkan proses metabolisme dalam badan serta membantu tubuh anda membakar lebih banyak kalori.

Strategi 2: Minum lebih banyak air
Air sebenarnya membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Jika sel, tisu dan organ dalam badan kita dipenuhi dengan toksin, sistem tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Oleh itu, kadar metabolisme akan menurun dan ini akan menghalang tubuh anda daripada membakar kalori. Minum air sebenarnya membantu dalam proses pencernaan atau penghadaman makanan. Selain itu, ia juga membantu membuang toksin atau menyahtoksin daripada sistem tubuh anda. Ini akan dapat menyumbang kepada pengurangan berat badan. Dalam konteks inilah, air yang bertapis dan dirawat adalah pilihan terbaik bagi anda kerana gugusan air yang halus yang terhasil daripada proses tapisan dan rawatan itu membantu meningkatkan fungsi sel dan menyahtoksin dengan cara yang efektif. Oleh itu, pilihlah sistem rawatan air yang terbaik dan berkesan.

Strategi 3: Makan banyak serat
Serat menambahkan isi padu. Apabila serat dimakan, ia akan menyebabkan dinding perut menjadi tegang dan menghalang tubuh daripada menghantar isyarat lapar kepada otak. Serat sebenarnya membantu menyerap dan menakung air dalam proses gerakannya menuju ke perut. Kajian saintifik menunjukkan makanan yang mengandungi banyak air boleh meningkatkan rasa kenyang. Dengan minum air sahaja tidak dapat memberikan rasa kenyang kerana air hanya akan lalu melalui perut dan tidak kekal di dalamnya. Serat juga sebenarnya sukar untuk dicerna atau dihadam. Serat akan kekal di dalam perut dan usus kecil lebih lama serta memberikan isyarat 'saya kenyang' secara berterusan kepada otak.

Strategi 4: Mengambil protein yang berkualiti tinggi
Satu lagi cara untuk mencegah rasa lapar lebih lama adalah mengambil protein. Kajian saintifik menunjukkan makanan yang kaya dengan protein lebih memberikan kepuasan berbanding makanan yang mengandungi lebih banyak lemak atau karbohidrat. Pemakanan yang kaya dengan protein telah dibuktikan menerusi kajian saintifik mengurangkan selera makan dengan cara membuatkan pengamalnya berasa kenyang.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)