PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Lesen niaga & PBT: Orang nak cari rezeki, apa salahnya!

Oleh Mohd Fuad Razali

BERNAMA semalam melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memudahkan permohonan lesen berniaga kepada mereka yang mula minat dalam perniagaan. Alasannya, kerajaan tidak mahu rakyat patah hati pada peringkat awal lagi disebabkan kesukaran untuk memohon lesen perniagaan ini.“Kita sudah beritahu PBT supaya keluarkan banyak lessen. Jika 1,000 orang mohon, apa salahnya 1,000 lesen dikeluarkan. Untung dan rugi itu soal lain tetapi kita sudah permudahkan peluang rakyat untuk berniaga,” katanya semasa berucap di majlis Sembang Jaya Usahawan Bersama Pemimpin.

Sebagai usahawan (kalau boleh katalah!), saya mengalu-alukan pengumuman dan arahan ini. Bahkan sejak dahulu lagi saya selalu hairan dengan sikap PBT yang mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan, terutama sekali untuk penjaja, peniaga kecil dan peniaga pasar malam. Kehairanan itu timbul kerana beberapa penjaja dan peniaga kecil pernah memberitahu mereka sukar mendapat lesen untuk berniaga.



Sewaktu bertugas di Berita Harian Cawangan Alor Setar dahulu, saya mengenali seorang penjaja yang berniaga menggunakan van pikap. Dia menjual rojak, buah-buahan dan air minuman. Rojaknya sedap. Menurut peniaga itu, setiap hari waktu bekerja, pada waktu pagi hingga tengah hari dia akan berniaga di situ (berhampiran pejabat Berita Harian). Pada sebelah petang, di berpindah ke dalam bandar Alor Setar, berhampiran bangunan City Plaza dan Pusat Dakwah.

Yang sedihnya, dia hanya berniaga di pinggir jalan di Kompleks Alor Setar. Biasanya tempat itu juga menjadi tempat meletakkan kenderaan kerana tempat letak kereta di sekitar kompleks itu selalu penuh pada waktu bekerja. Di dalam bandar Alor Setar pula, dia berniaga betul-betul di tepi tempat letak kereta dan motosikal.

Kedua-dua tempat itu sebenarnya bukanlah tempat berniaga atau berjaja. Dia pernah mengadu perihal susahnya mendapatkan lesen untuk berniaga. Ketika itu katanya, dia belum dapat lesen, tetapi berniaga juga kerana nak cari makan. Dia pun bukan ada kerja lain. Sekali-kala, katanya, kena serbu dengan penguatkuasa bandar raya.

Selain itu, di bandar Alor Setar juga, ada beberapa orang tukang kasut berniaga di kaki lima bangunan yang terletak berdepan dengan City Plaza dan berhampiran Pekan Rabu. Saya selalu mendapatkan perkhidmatan seorang tukang kasut di situ kerana kerja yang dibuat olehnya dan pekerjanya kemas.

Saya pernah bertanya, kenapa berniaga di tepi kaki lima dan tidak menyewa kedai di bandar raya itu supaya dengan itu, perniagaannya nampak lebih profesional. Tukang kasut itu menjawab, dia pernah memohon lesen untuk berniaga dan menyewa kedai untuk tujuan yang saya cadangkan itu, tetapi tidak dibenarkan oleh PBT.

Di tempat-tempat lain pun ramai yang berniaga pada waktu pagi, petang atau malam atau sepanjang hari, termasuk di bahu-bahu jalan. Ada yang menjual nasi lemak, kuih, segala aneka mi dan nasi, roti canai, burger dan macam-macam lagi. Ada yang mendirikan gerai atau warung di tapak-tapak kosong di tepi jalan, tidak kurang pula yang berniaga di sepanjang kaki lima bangunan perniagaan dan tempat letak kereta pada waktu malam.

Saya rasa pemandangan dan senario seperti itu adalah sama di mana-mana saja, bukan saja di Alor Setar tetapi juga di seluruh negara. Semuanya kerana mahu mencari rezeki – sama ada sebagai wang tambahan ataupun itulah satu-satunya sumber rezeki mereka.

Saya pasti ramai yang tak berlesen sebab itu berselerak di merata tempat. Lepas beberapa lama berniaga, penguatkuasa PBT pun datang menyerbu. Atas pelbagai alasan – tak ada lesen niaga, lokasi yang tidak sesuai atau tidak dibenarkan, dan bermacam-macam alasan lagi.

Dari satu segi memanglah PBT berkuasa untuk berbuat demikian – menguatkuasakan undang-undang. Tetapi bila difikirkan balik, nampak macam zalim. Orang nak cari makan, bukan mencuri. Sementara sesetengahnya mungkin tak tahu berniaga dan menjaja perlu ada lesen, yang lain pula memang tak dapat lesen yang dipohon. Tetapi disebabkan hendak mencari rezeki yang halal, maka mereka redah juga. Kalau hari ini kena serbu, nasiblah. Esok, lusa atau tiga empat hari lagi, buka balik.

Saya rasa memang tidak patut kita menghalang orang yang berhasrat untuk mencari rezeki cara halal. Jika ada tanah atau tapak yang terbiar kosong, apa salahnya kawasan itu diusahakan sebagai tapak niaga. Itu lebih baik daripada ditumbuhi semak samun atau jadi tempat lepak kutu rayau, mat rempit, dan anasir yang tidak sihat.

3 ulasan:

Mei berkata...

betulah apa yg admin ckp,sya pun bru terfikir hndak berniaga tapi x tau mcm mna nak mula smentra cuti sem msih pnjang.

Tanpa Nama berkata...

PBT dan majlis bandaraya, majlis daerah memang ambil mudah..serbu dan sita..alasan, tak de lesen n berniaga tempat tak sesuai, tak dibenarkan. Kan bagus galakkan orang berniaga. Kalo tak de lesen, bagi terus lesen..tak kesah dia pacak payung kat mana pun. Masalah kebersihan ke apa ke..semua tu ada cara selesaikan.. Pakai otak lah sikit..buat peraturan sbagainya. Mybe orang2 pbt n majlis bandaraya daerah ni rasa macam hebat sgt..muka bumi ni dia yg berkuasa..sedar lah sikit, bumi ni milik allah..orang boleh berniaga mana2 secara halal. Hope orang2 yg kerja pbt, majlis bndaraya, majlis daerah buka mata sikit..kalo org ramai boleh berniaga dgn mudah, ini boleh tingkatkan ekonomi negara kita juga. Keluarkan je lesen sebanyak mungkin, kutip bayaran lesen tiap tahun.. Boleh bayar juga gaji org2 pbt n majlis..tak de lah harap duit krajaan je

Unknown berkata...

patutlah Malaysia lambat nk Maju..
Ramai org Melayu nk berniaga, tp dsita barang2,....
bila org melayu x berniaga, dikatanya org melayu x pandai berniaga... bodoh betul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)