Oleh Mohd Fuad Razali
SEMALAM saya menghadiri satu ceramah mengenai perjuangan rakyat Palestin yang diadakan di sebuah sekolah di Perlis. Ceramah itu disampaikan oleh Dr Asmarawati Mohamad Yatim, pakar bius Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, yang mengikuti kumpulan kelima Mercy Malaysia yang menyertai misi bantuan perubatan di Gaza, bulan lalu.
Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh guru sekolah berkenaan selepas selesai majlis ceramah itu. Guru itu memberi perangsang kepada pelajar-pelajarnya mengenai kepentingan untuk belajar bersungguh-sungguh demi kemajuan dan membela masa depan umat Islam.
Dalam ulasannya yang ringkas itu, saya tertarik apabila beliau berkata, "Jihad pada peringkat kita sekarang bukanlah dengan mengangkat senjata, tetapi belajar bersungguh-sungguh. Yang menjadi masalahnya dengan kita sekarang ialah waktu belajar, main-main (tidak bersungguh-sungguh); waktu main pun, main-main. Sepatutnya waktu main pun kita kena bersungguh-sungguh supaya menang."
Ya, saya setuju dengan ulasan guru itu. Itulah masalah yang dihadapi masyarakat kita sekarang - sentiasa main-main; waktu belajar, main-main; waktu main pun, main-main.
Hakikatnya, pelajar yang banyak bermain-main, akan kurang masa untuk belajar. Pelajar yang banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen, menonton DVD atau bermain permainan komputer (computer game), akan kurang masa belajarnya.
Jika kurang belajar, mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru, maka bagaimanakah pelajar berkenaan hendak memahami pengajaran gurunya? Bagaimanakah dia boleh menjadi cemerlang dalam pelajarannya?
Namun untuk menyalahkan pelajar semata-mata tentulah tidak wajar. Ada orang berkata, orang muda belajar daripada orang dewasa atau orang tua. Jadi, sebagai orang dewasa atau orang tua, kita juga patut menunjukkan contoh teladan yang baik dan berguna kepada anak-anak kita.
Kita juga tidak boleh main-main apabila membuat sesuatu pekerjaan. Maknanya, kita juga perlu bersungguh-sungguh sewaktu kita bekerja. Kita juga tidak boleh banyak menghabiskan masa di depan televisyen atau menonton DVD. Apatah lagi membeli DVD atau CD setiap hari atau setiap minggu.
Sebaliknya kita sendiri perlu menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak dari segi budaya ilmu. Lebihkan bahan bacaan atau tontotan yang berguna dan bermanfaat daripada bahan-bahan untuk berhibur.
Ya, memang benar kata guru itu. Jika kita bermain pun secara main-main, bagaimana kita hendak menjadi juara? Mungkin sebab itulah agaknya, dalam acara sukan pun kita selalu ketinggalan! Apatah lagi dalam pelajaran!
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan