Oleh Mohd Fuad Razali
HARI ini anak saya menyertai lebih 400,000 bekas pelajar tingkatan lima yang lain, mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang didudukinya tahun lalu. Alhamdulillah, anak kedua saya itu, mendapat keputusan 10 1A dan 1 2A.
Tahun lalu kami sekeluarga menyaksikan anak saya yang sulung, mendapat keputusan 8A 3B dan muncul sebagai pelajar terbaik SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Alor Setar. Saya tidak pasti apakah kali ini anak saya yang belajar di MRSM Pendang itu turut mencatatkan rekod yang sama. Begitu juga saya tidak pasti sama ada beliau mempertahankan rekodnya sebagai pelajar terbaik yang pernah dicatatkannya sewaktu menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2006 yang lalu di maktab yang sama.
Saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pengetua dan guru-guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang yang telah bertungkus-lumus dan berusaha gigih untuk memastikan kejayaan anak-anak di maktab berkenaan. Juga tidak dilupakan penghargaan yang sama ditujukan kepada seluruh ahli keluarga serta sahabat handai jauh dan dekat di atas doa serta sokongan dan dorongan yang diberikan kepada anak itu selama ini sehingga mencapai kejayaan berkenaan.
Dan sudah tentulah saya tidak melupakan seluruh warga pendidik di seluruh negara, tidak kira di mana saja mereka, berada. Sekalung penghargaan untuk cikgu-cikgu semua yang menunjukkan kegigihan sehingga menjadi pendorong untuk anak-anak kita di seluruh negra belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan mereka. Tanpa guru, siapalah anak-anak kita!
Seorang guru di MRSM Pendang berkata kepada saya, semuanya berkat usaha dan kegigihan pelajar juga. Memang benar dan saya mengakuinya. Namun saya tetap percaya segala-galanya mestilah bermula daripada guru. Secebis kata Usman Awang:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Kepada anak-anak saya, saya selalu menyatakan, saya akan menerima apa saja keputusan peperiksaan mereka dengan lapang dada. Yang penting, mereka berusaha bersungguh-sungguh. Dan yang tidak kurang pentingnya, memastikan mereka menjadikan guru sebagai rakan, bukan musuh mereka.
Terima kasih cikgu yang tidak terhingga!
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)

1 ulasan:
Tahniah atas kejayaan anak saudara. Terasa seronok bila saudara selaku bapa menyanjung tinggi pengorbanan guru. Mudah-mudahan ramai lagi ibu bapa di luar sana yang tidak melupakan jasa guru ketika kejayaan diraih dan tidak pula menghentam guru ketika menghadapi kegagalan.
Catat Ulasan