PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Selasa, 28 Disember 2010

Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf Tokoh Wartawan Cemerlang Negara 2010

27 Disember, 2010 23:52 PM
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Abdul Jalil Ali malam Isnin dianugerahkan Tokoh Wartawan Cemerlang Negara 2010.


Abdul Jalil, 56, menerima hadiah wang tunai RM5,000, plak serta sijil penghargaan pada majlis penganugerahan anjuran Persatuan Wartawan Melayu (PWM) di sini.
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penganugerahan itu, Abdul Jalil berkata, anugerah berkenaan disifatkan sebagai pengiktirafan persatuan terhadap Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

"Saya harap anugerah seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada wartawan muda untuk terus maju dalam kerjaya ini," kata anak kelahiran Muar, Johor yang mula melibatkan diri dalam dunia kewartawanan kira-kira 40 tahun lepas sebagai wartawan di Utusan Melayu.

Beliau turut menasihatkan wartawan muda supaya jujur dalam setiap penulisan yang dibuat.

"Wartawan juga ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat sebab akhirnya kita akan menjawab kepada Allah tentang apa yang kita tulis dan laporkan," katanya.

Pada majlis itu juga Penasihat Editorial Kumpulan Galeri Ilmu Aliyah Sijari, Editor Sukan TV3, Abu Bakar Atan dan Ketua Pengarang Agenda Daily, Rosli Ismail dinobatkan sebagai Wartawan Terbaik Negara 2010.
Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, plak serta sijil penghargaan. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)