PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Khamis, 23 Disember 2010

Bila ada kemahuan dan kesungguhan, kecacatan dan kemiskinan bukan lagi halangan

Oleh Mohd Fuad Razali
MEMANG benar kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ketika itu, tiada apa yang boleh menghalang seseorang untuk mencapai impian dan cita-citanya.
Inilah yang boleh saya simpulkan daripada kisah kejayaan tiga pelajar yang baru saja menerima keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang diumumkan hari ini. 



Kisah kejayaan ketiga-tiga pelajar di bawah ini, yang saya petik daripada laporan Bernama Online, membuktikan kepada kita bahawa kecacatan anggota dan kemiskinan harta benda bukanlah alasan dan halangan untuk kita mencapai kejayaan, asal saja kita mempunyai kemahuan dan kesungguhan.
Tanpa perlu memanjangkan kata-kata, baca dan renungilah tiga berita berikut:
Berita 1:
23 Disember, 2010 14:28 PM
Pelajar Rabun Di Johor Peroleh 8A Dalam PMR
JOHOR BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan yang mengalami masalah rabun membuktikan kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, yang keputusannya diumumkan Khamis.
Ting Kai Li, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, berkata dia berasa sangat terkejut dengan keputusan itu kerana tidak menyangka mendapat pencapaian yang cemerlang.
"Saya mempunyai jadual belajar yang ditetapkan dan akan memastikan sentiasa mengikut jadual tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PMR oleh Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran di sini hari ini.
Ting, yang turut dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah penglihatan), berkata dia menggunakan masa lapangnya dengan bermain piano ataupun mendengar muzik klasik.
Anak sulung daripada tiga adik beradik itu berkata dia amat meminati subjek Bahasa Inggeris dan bercita-cita menjadi seorang doktor.
Farah Raihanah Atan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, pula dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah fizikal) apabila memperoleh 4A, 3B dan 1D.
Farah Raihanah, 15, yang menghidap autisme sejak berumur tiga tahun, berkata dia banyak mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolahnya dengan dibantu oleh guru.
"Saya suka mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris, dan saya suka membaca novel ataupun cerpen berunsur sejarah," kata Farah Raihanah yang bercita-cita menjadi seorang penulis. --BERNAMA
Berita 2:

23 Disember, 2010 17:03 PM
Tekad Ubah Nasib Keluarga Dorong Syaril Capai 9A
HULU TERENGGANU, 23 Dis (Bernama) -- Kemiskinan tidak menghalang beberapa pelajar sekolah Imtiaz Kuala Berang di sini mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan Khamis.
Bagi Mohamad Syaril Azmi, 15, usaha bersungguh-sungguh dan tekad mengubah nasib keluarga menjadi dorongan beliau untuk mencatat keputusan 9A.
"Saya setiap malam melakukan solat hajat terutamanya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan," katanya ketika ditemui hari ini.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, beliau terkejut dengan kejayaannya itu pada peperiksaan percubaan sebelum itu, dia cuma memperoleh 5A. Nurafina Idris, anak buruh kampung, yang memperoleh 8A, 1B menyifatkan kejayaannya sebagai satu rahmat dan hasil pengorbanan keluarga yang sentiasa menyokongnya.
Anak kelahiran Kuala Berang dan bercita-cita menjadi peguam Syarie itu berkata beliau sering berdoa agar diberikan kekuatan dan petunjuk semasa menghadapi peperiksaan.
Seorang lagi murid cemerlang sekolah itu, Nurul Syuhadah Suhaili, dari Hulu Terengganu, berkata beliau tidak menduga akan memperoleh 9A kerana semasa peperiksaan percubaan hanya mendapat 3A.
Anak kepada pemandu jentera angkat balak itu berkata kejayaannya disebabkan oleh banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan.-- BERNAMA
Berita 3:

23 Disember, 2010 18:00 PM
Pelajar Berkerusi Roda Raih 7A
KLANG, 23 Dis (Bernama) -- Seorang pelajar istimewa membuktikan bahawa ketidakupayaannya untuk berdiri bukanlah penghalang untuk beliau memperoleh 7A 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan pada Khamis.
Jayson Pua, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar di sini berkata walaupun pada mulanya menjangkakan untuk memperoleh 8A tetapi beliau tetap gembira dan sangat berpuas hati kerana mendapat dik itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Bahasa Cina dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawanan) serta memperoleh B dalam Bahasa Inggeris.
"Saya berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan sekolah yang banyak membantu walaupun saya berkerusi roda," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Kapar di sini.
Bapanya, Pua Hock Chai, 59, seorang pesara, berkata Jayson mengalami masalah kaki lemah sejak berumur lapan tahun dan keadaan itu menyebabkan dia kerap terjatuh.
Ibunya, Goh Eng Booy, 48, pula terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai guru pada 1992 bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada Jayson yang terpaksa menggunakan kerusi roda ketika umurnya 10 tahun.
Pua berkata Jayson terpaksa memakai alat penyokong badan selepas menjalani pembedahan pada 2 Dis lepas bagi meluruskan tulang belakang yang bengkok.-- BERNAMA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)