(SELAIN blog ini, sejak Mei 2010 yang lalu, saya juga menulis dalam kolum yang sama temanya, 'Sekali Bicara', dalam majalah Pendidik. Untuk manfaat bersama, dari semasa ke semasa, saya akah menyiarkan kembali rencana-rencana yang pernah disiarkan dalam majalah berkenaan. Rencana di bawah telah disiarkan dalam majalah Pendidik keluaran Jun 2010.)
SUDAH lama persoalan ini bermain dalam fikiran saya. Saya pun sudah beberapa kali bertanya dengan beberapa pihak, namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan yang memuaskan hati. Mengapa acara Kejohanan Olahragaya yang dulunya lebih dikenali sebagai Hari Sukan kini dijalankan pada sebelah petang?
Adakah saya tersilap atau saya terlupa? Sepanjang ingatan saya, sewaktu bersekolah dulu, acara itu dijalankan pada sebelah pagi sama seperti majlis dan program lain yang dijalankan di sekolah, kecuali latihan, saringan dan raptai majlis berkenaan saja yang diadakan pada sebelah petang, iaitu selepas waktu persekolahan. Bagi pelajar sesi petang, latihan dan saringan itu dibuat pada sebelah pagi.
Selain itu, kemeriahan acara berkenaan juga cukup terasa ketika itu dengan kehadiran ibu bapa untuk menonton dan memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Cuma saya tidak pasti, adakah ketika itu kejohanan berkenaan dijalankan pada hari persekolahan atau Sabtu. Namun saya masih ingat acara Merentas Desa memang dijalankan pada hari persekolahan dan dibuat pada sebelah pagi.
Sekarang saya dapati Kejohanan Olahraga dibuat pada sebelh petang. Apabila saya bertanya, mengapa sebelah petang? Jawapan yang diterima adalah ia arahan jabatan. Alasannya? Supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Saya terkejut dengan jawapan sedemikian. Bukankah sukan yang menjadi sebahagian daripada kegiatan kokurikulum di sekolah diadakan selaras dengan hasrat untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek?
Apabila saya bertanya, apakah ada pekeliling mengenainya, jawapan yang diterima mengatakan ada, tetapi sehingga kini saya belum pernah melihat dan membaca pekeliling berkenaan. Mungkin saya belum berjumpa dengan orang yang memiliki dan boleh menunjukkan pekeliling berkenaan kepada saya.
Jika pekeliling itu wujud sekalipun, saya tetap berasa hairan dengan alasan yang diberikan. Benarkah Kejohanan Olahraga mengganggu P&P jika dibuat pada sebelah pagi? Jika demikian, bagaimana pula dengan acara Merentas Desa? Mengapa pula acara ini boleh dibuat pada sebelah pagi? Bukankah acara Merentas Desa juga sebahagian daripada acara sukan? Tidakkah ia mengganggu P&P?
Jika demikian, bagaimana pula dengan acara Hari Anugerah Kecemerlangan dan sambutan Hari Guru? Sepanjang pengetahuan saya, di kebanyakan sekolah, kedua-dua program ini dibuat pada sebelah pagi hari persekolahan. Bahkan sewaktu sambutan Hari Guru, walaupun semua pelajar datang ke sekolah, tidak ada sebarang kegiatan P&P yang berlangsung, sebaliknya dipenuhi dengan acara perhimpunan dan kemudian sukaneka antara pelajar dengan guru.
Bagi semua acara di atas, baik Kejohanan Olahraga mahupun Hari Anugerah Kecemerlangan, bukan sedikit waktu yang digunakan untuk membuat persiapan sebelum menjelang harinya. Guru dan pelajar yang terbabit, perlu menghadiri raptai dan latihan. Raptai pula dibuat pada waktu persekolahan. Tetap membabitkan waktu yang sepatutnya digunakan untuk P&P.
Saya timbulkan hal ini kerana pada hemat saya, waktu petang yang digunakan untuk mengadakan acara Kejohanan Olahraga tidaklah sesuai. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca sangat panas yang melanda negara kita ketika ini.
Tambahan pula, mengadakan acara pada sebelah petang, pada hemat saya, menimbulkan keadaan kesuntukan masa. Kadangkala ada acara atau insiden yang boleh menyebabkan masa majlis itu menjadi panjang hingga ke lewat petang. Bayangkan jika ia membabitkan murid sekolah rendah yang datang sendiri ke sekolah, sudah tentu menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa, jika menjelang senja masih belum sampai ke rumah.
Saya juga dapati pada hari acara Kejohanan Olahraga dilangsungkan, murid mesti hadir ke sekolah seperti biasa pada sebelah pagi. Tetapi mereka kemudian dilepaskan pulang awal. Ada sekolah yang melepaskan pelajarnya balik jam 11 pagi. Kemudian mereka disuruh datang semula ke sekolah pada jam 2.30 petang untukmenghadiri Kejohanan Olahraga.
Memandangkan acara itu diadakan pada hari persekolahan dan hari bekerja, ia mungkin menimbulkan masalah kepada murid yang dihantar dan diambil oleh ibu bapa yang bekerja. Ibu bapa terpaksa meninggalkan tempat bekerja untuk menjemput anak balik dari sekolah, dan kemudian menghantarnya semula ke sekolah pada jam 2.30 petang. Selepas itu, menjemput mereka sekali lagi pada waktu kira-kira jam 6 petang.
Masalah yang sama dihadapi bagi murid yang menaiki bas sekolah. Ada pemandu bas yang tak mahu menjemput dan menghantar murid sekali lagi ke sekolah pada waktu petang kerana setiap hari dia hanya menghantar dan menjemput sekali lagi. Itu perjnajian antara ibu bapa dengan pemandu bas sekolah.
Seandainya acara Kejohanan Olahraga dibuat pada sebelah pagi, ibu bapa boleh menjemput anak mereka balik dari sekolah pada waktu tengah hari seperti biasa. Tambahan pula, mengadakan acara pada waktu pagi, cuaca kurang terik berbanding sebelah petang. Tempoh waktu untuk acara berlangsung pun lebih panjang.
Saya dapati kemeriahan acara ini apabila diadakan pada sebelah petang sama saja. Tidak ramai ibu bapa yang hadir kerana dibuat pada hari persekolahan dan hari bekerja. Apa kata ditukarkan ke Sabtu pula? Dengan itu, acara Kejohanan Olahraga boleh dibuat pada sebelah pagi, dan boleh menarik ibu bapa serta masyarakat setempat hadir menyaksikan acara yang berlangsung. Jika boleh diselitkan acara sukaneka ibu bapa dan guru, dapat juga mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Apatah lagi bukan senang hendak menjemput ibu bapa sekarang ke sekolah.
(Kolum: Sekali Bicara, Majalah Pendidik, Jun 2010)
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan