Oleh Mohd Fuad Razali
KETIKA rencana ini ditulis, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, baru saja selesai membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Sejak saya bertugas di Meja Pendidikan akhbar Berita Harian lagi, peruntukan bagi bidang pendidikan sentiasa menjadi tumpuan dan menarik perhatian saya.
Pendidikan adalah bidang yang sangat dekat dengan hati saya. Apatah lagi selepas saya mempunyai anak. Saya menghantar anak saya ke sekolah untuk dididik oleh guru. Oleh itu, sebarang perkembangan dalam dunia persekolahan dan pendidikan akan menarik perhatian saya sebagai bapa.
Saya percaya ramai ibu bapa lain juga begitu, bukan golongan pendidik saja. Pendek kata, setiap orang rakyat Malaysia, terutama yang mempunyai anak yang masih bersekolah, mempunyai kepentingan dalam dunia pendidikan tanah air.
Seperkara yang saya perhatikan dalam belanjawan yang diumumkan seetiap tahun sejak 1990-an lagi ialah pendidikan sentiasa mendapat peruntukan tertinggi. Bagi tahun depan, Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan sebanyak RM29.3 bilion untuk belanja mengurus dan RM6.4 bilion lagi untuk pembangunan. Semuanya berjumlah RM35.7 bilion. Jika diambil kira peruntukan sebanyak RM10.2 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi, peruntukan untuk tujuan pendidikan tahun depan melebihi 22 peratus daripada keseluruhan bajet berkenaan. Itu belum lagi mengambil kira peruntukan untuk latihan kemahiran yang diberikan kepada kementerian lain.
Bagi saya, langkah memberikan peruntukan terbesar untuk perbelanjaan dalam bidang pendidikan mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan rakyat, terutama generasi muda, yang kita semua sedar dan insaf akan mewarisi negara ini. Pada merekalah kita meletakkan harapan untuk meneruskan kesinambungan usaha yang sama-sama kita lakukan bagi membangun dan memajukan negara kita, bagi memelihara serta mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Sehubungan itu, tidak ada harta yang lebih berharga daripada ilmu dan pengetahuan. Bahkan di dalam tradisi Islam sendiri, ilmu sentiasa diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa sesiapa yang menghendaki dunia hendaklah ia berilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya hendaklah juga ia berilmu. Sabda Junjungan itu menginsafkan kita mengenai hakikat dan kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu, kita tidak akan ke mana-mana.
Jika ditinjau dalam konteks kehidupan peribadi pun, ilmu tetap mempunyai kedudukan dan kepentingannya. Sebagai ibu bapa, jika kita memiliki harta benda yang tinggi menggunung sekalipun, tetapi sekiranya anak-anak kita tidak berilmu, harta benda yang kita tinggalkan itu hanya akan merosakkan diri dan masa depan mereka. Mereka mungkin hanya tahu mengguna dan menghabiskannya, joli di sana-sini memenuhi segala keinginan hati tetapi tidak tahu dan pandai menguruskannya.
Sebaliknya dengan memperlengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan, insya Allah, mereka akan tahu cara menguruskan harta benda yang kita wariskan kepada mereka. Bahkan mereka boleh pula mengembangbiakkan harta benda berkenaan.
Jika kita tidak memiliki harta kekayaan yang boleh diwariskan kepada mereka, ilmu yang diberikan kepada mereka itulah akan menjadi harta benda mereka. Dengan ilmu yang dimiliki mereka boleh berusaha mencari harta benda yang diingini. Tetapi bayangkan pula, jika kita tidak berharta dan tidak pula memberikan didikan dan ilmu kepada anak-anak kita, sudah tentulah kehidupan yang huru-hara akan kita wariskan kepada mereka. Sudahlah tidak berharta, tidak pula berilmu, kehidupan dan masa depan mereka tentulah sukar untuk ditelah.
Apatah lagi jika sebuah negara yang hendak kita wariskan kepada anak-anak dan generasi muda yang lain. Sudah tentulah lebih-lebih lagi kita perlu mempersiapkan mereka dengan ilmu. Bukan sahaja ilmu bagaimana hendak menguruskan aset dan harta benda negara, tetapi juga ilmu bagaimana hendak memimpin dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dan sudah tentulah yang tidak kurang pentingnya adalah ilmu bagaimana hendak hidup bersatu padu, saling menghormati antara satu sama lain, terutama dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini.
Bayangkanlah masa depan negara kita yang kita tinggalkan sekiranya pemerintah kita tidak mempedulikan soal mempersiapkan diri generasi muda dan anak-anak kita dengan ilmu dan pengetahuan yang berguna.
Hasrat dan kesungguhan ini jelas daripada pengumuman Perdana Menteri sewaktu membentangkan Bajet 2011, iaitu sistem pendidikan negara akan dirombak degnan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. Untuk itu, pada tahun depan, Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan sebanyak RM6.4 bilion bagi membna dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion keguruan.
Mengukuhkan lagi kesungguhan itu ialah fokus kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan prasekolah. Kerajaan mensasarkan enrolmen prasekolah kepada 72 peratus menjelang akhir 2011. Yang menariknya, ia bukan saja akan dilakukan dengan menambah 1,700 kelas dan pemantapan kurikulum, tetapi juga pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
Pelantikan guru berijazah mengajar prasekolah memang tepat dan sesuai sekali kerana peringkat usia empat hingga enam tahun adalah peringkat yang sangat penting dan kritikal bagi setiap kanak-kanak. Pada peringkat inilah berlaku perkembangan pesat dalam diri mereka, sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Oleh itu, kita memang memerlukanguru yang terlatih bagi mendidik dan mempersiapkan anak-anak kita bagi mengharungi kehidupan mereka sewaktu alam remaja dan dewasa.
Zaman yang mempercayai bahawa tugas mendidik anak-anak prasekolah memadai dipikul oleh mereka yang tidak berkelulusan atau lepasan sekolah, sudah berlalu. Bahkan zaman itu sudah sepatutnya berlalu. Jika kita benar-benar berhasrat melahirkan anak-anak dan generasi muda yang memiliki akhlak, mampu berfikir, kreatif dan inovatif, mempunyai daya saing yang tinggi serta boleh menguasai diri, tugas ini tidak mampu dipikul oleh mereka yang tidak mempunyai sebarang ilmu.
Saya percaya bahawa pelajar yang cemerlang sebenarnya hanya mampu dibentuk oleh guru yang cemerlang. Maka usaha ini sudah sewajarnya dimulakan sejak peringkat awal lagi. Kerana anak-anak itu sebenarnya ibarat kain putih. Selain ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya, satu lagi pihak yang tidak kurang pentingnya adalah guru.
Mungkin bajet yang dibentangkan itu tidak dapat memenuhi hsrat setiap orang rakyat Malaysia, namun ia sudah tentu memenuhi hasrat dan impian sebahagian besar daripada kita - hasrat dan impian untuk masa depan anak-anak kita. Bukankah kita semua mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia? Sebenarnya kita boleh membina kehidupan keluarga, masyarakat dan negara yang bahagia, bergantung kepada kesanggupan kita berusaha dan bekerja keras untuk mencapainya.
(Rencana ini disiarkan dalam kolum Sekali Bicara, majalah Pendidik, November 2010)
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan