Oleh Mohd Fuad Razali
SAYA pernah menceritakan dalam kolum ini bahawa saya adalah lulusan dalam bidang Sains Pertanian. Dengan diploma dan ijazah berkenaan, saya sepatutnya menjadi pegawai pertanian, pegawai penyelidik atau pegawai pemasaran dalam bidang pertanian. Tetapi nampaknya tidak demikian, sebaliknya bekerja sebagai wartawan.
Apabila ditanya bagaimana boleh bertukar haluan, saya selalu memberikan jawapan, pertama, sewaktu saya tamat pengajian tidak ada pekerjaan; dan kedua, saya menceburi bidang kewartawanan kerana minat dengan bidang penulisan.
Sebenarnya hal ini tidak berlaku secara kebetulan. Saya boleh 'beralih haluan' kerana saya kenal bakat dan potensi diri saya. Saya berpeluang berbuat demikian kerana sewaktu di sekolah, guru sentiasa memberikan galakan dan peluang kepada saya untuk memupuk dan mengembangkan bakat saya.
Saya masih ingat sewaktu di tingkatan dua dan tiga di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kepala Batas (sekarang Sekolah Menengah DatukHaji Abdul Kadir), saya 'gila' menulis sajak. Minat dan kecenderungan saya itu rupa-rupanya dikesan oleh guru tingkatan saya, Cikgu Farilah Abdul Halim. Pada 1979, saya belajar di tingkatan tiga. Cikgu Farilah mencadangkan saya menulis sebuah sajak untuk dideklamasikan pada Hari Ibu Bapa (sekarang disebut Hari Anugerah Cemerlang) tahun itu.
Kebetulan tahun itu diisytiharkan sebagai Tahun Kanak-Kanak Antarabangsa, maka saya menulis sajak berjudul Tangisan Anak-Anak Pelarian. Kerana ketika itu berlaku peperangan di Vietnam. Seperti biasa, kanak-kanak dan wanitalah yang ramai menjadi mangsa. Malangnya, sajak itu hilang daripada simpanan saya. Sajak itu saya tulis sendiri, dan tunjukkan kepada Cikgu Farilah, tetapi tidak sepatah pun diubahnya, apatah lagi merendah-rendah dan memperlekehkannya. Apabila tiba harinya, saya mendeklamasikan sajak berkenaan di hadapan ibu bapa, guru dan rakan sekolah.
Cikgu Farilah juga orang pertama yang memperkenalkan saya dengan arena perdebatan apabila dia mengadakan sesi berkenaan di dalam kelasnya. Saya antara yang dipilih. Orang yang menunjuk ajar saya cara hendak berbahas adalah jiran sekampung saya, Osman Abdullah, yang saya panggil Abang Man.
Abang Man hanya lepasan tingkatan lima, tetapi dia ada kemahiran menaip dan menulis trengkas. Dia juga yang menawarkan diri mengajar saya menaip dan menulis trengkas. Selepas tamat tingkatan lima, sementara menunggu keputusan peperiksaan saya sempat memasuki kelas trengkas dan menaip selama tiga empat bulan. Bagaimanapun, saya tidak memiliki sijil kedua-dua kemahiran itu kerana tidak sempat menduduki peperiksaannya disebabkan menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia).
Namun, pendedahan dan peluang singkat yang saya peroleh daripada Abang Man dan di kelas menaip dan trengkas itu tidak sia-sia. Sewaktu peringkat awal masuk universiti, kemahiran asas trengkas yang sedikit itu membantu saya menyalin nota kuliah. Tetapi lama kelamaan kemahiran itu hilang kerana tidak mengamalkannya. Inilah padahnya, jika ada ilmu tidak diamalkan! Tetapi kemahiran menaip masih ada hingga sekarang.
Sewaktu di tingkatan tiga juga, saya pernah menghasilkan sebuah sajak berbahasa Inggeris, berjudul 'Where is the Moon?'. Sajak itu dibuat dalam kelas Bahasa Inggeris. Sebaik saja pengajaran tamat, saya berlari keluar kelas mengejar guru Bahasa Inggeris dan mengunjukkan sajak itu kepadanya meminta bantuan supaya menyemaknya.
Keesokannya, apabila masuk kelas, dia berkata kepada saya, "Bagus sajak tu. Kalau macam tu bolehlah jadi Setiausaha Persatuan St John." Terperanjat saya dibuatnya. Memang ketika itu saya menjadi ahli Persatuan St John Ambulans Malaysia sekolah berkenaan. Tapi takkanlah hanya kerana sajak itu, maka saya layak jadi Setiausaha.
Sajak itu kemudian saya hantar ke majalah Dewan Siswa dan disiarkan pada Oktober 1979. Ganjarannya, saya terima langganan percuma majalah Dewan Siswa selama setahun, mulai November 1979. Saya tak sempat menjadi Setiausaha persatuan itu kerana tahun berikutnya saya berpindah ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Alor Setar.
Di sekolah baru, saya diberi peluang terbabit dengan penerbitan buletin Persautan Pelajar Islam dan Kelab Pertanian. Saya turut menyumbangrencana dan menaip bahan untuk kedua-dua buletin itu.
Di sini, Cikgu Abdul Rahim Kasan dan Cikgu Abdul Rahman Ibrahim pula mengesan bakat saya dalam bidang perdebatan. Saya dipilih menyertai pertandingan perbahasan persahabatan dengan Sekolah Menengah Sultanah Asma sebanyak dua kali. Kali pertama ketika Persatuan Bahasa sekolah itu melawat SMT Alor Setar dan kali kedua, sewaktu kami mengadakan kunjungan balas ke sekolah mereka. Dalam dua-dua pertandingan itu, pasukan kami kantoi! Cuma dalam pertandingan kali pertama saya diumumkan pemidato terbaik.
begitulah sedikit rentetan pengalaman yang saya lalui ketika di bangku sekolah. Saya tidak mungkin memperoleh pengalaman dan kemahiran berkenaan sekiranya guru tidak memberi peluang kepada saya untuk berbuat demikian.
Walaupun bapa saya juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan dan pidato, jika saya tidak diberi peluang meneroka dan mencuba bidang itu, tak mungkin saya mengetahui rupanya saya juga mempunyai bakat dan kebolehan yang sama.
Sebab itu saya mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang kuat bahawa pelajar bukan saja memerlukan galakan dan dorongan, tetapi perlu juga diberi peluang untuk mereka meneroka dan mencuba, tidak kira sama ada pelajar yang sudah berbakat dan berkebolehan mahupun yang belum mengenali potensi diri masing-masing.
Pelajar yang sudah berbakat dan berkebolehan perlu dibantu dan diberi ruang untuk mengembangkan bakat dan kebolehan yang ada. Jika tidak, lambat laun bakat dan kebolehan itu akan hilang begitu saja. Sesetengah bakat dan kebolehan itu sangat besar faedahnya kepada sekolah dan masa depan pelajar sendiri. Apatah lagi bagi yang belum mengenali potensi diri masing-masing. Lebih lagi perlu dibantu untuk meneroka potensi yang ada. Mereka sangat-sangat memerlukan bantuan.
Di sinilah mustahaknya kepelbagaian pendekatan sewaktu pengajaran dan kegiatan kokurikulum kerana pengalaman saya - malah kita semua - membuktikan bahawa ia mempnyai pengaruh dalam pembinaan diri dan masa depan kita.
Kegiatan kokurikulum, jika dilaksanakan secara terancang, boleh mencapai matlamat yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh daan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Walaupun ketika ini sudah ada pelbagai persatuan dan kelab di sekolah, saya dapati tidak banyak yang berasaskan hobi dan kemahiran seperti Kelab Fotografi, Kelab Seni Lukis, Kelab Multimedia dan Kelab Kewartawanan. Ketika bersekolah di Sekolah Rendah Hashim Awang, asya menyertai Kelab Kebun Sayur.
Sebenarnya bukan semua pelajar yang terbabit dalam persatuan dan kelab mahu dan layak menjadi ahli jawatankuasa, tetapi ramai yang ingin menjadi ahli bagi mendapat kemahiran serta menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Bagi saya, jika ada pelajar yang berminat dengan kegiatan seni nyanyi sekalipun, biarlah dia berlatih mengembangkan bakatnya di kawasan sekolah. Itu lebih baik daripada dia dihalang dan akhirnya, dia melalak dan melilau (merayau) di luar sekolah!
(Rencana ini disiarkan dalam kolum Sekali Bicara, majalah Pendidik, September 2010)
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan