Oleh Mohd Fuad Razali
KETIKA banjir melanda Kedah dan Perlis pada 2005, saya masih bertugas di akhbar Berita Harian di Alor Setar. Banjir pada tahun itu dikatakan berlaku selepas 30 tahun kejadian seumpamanya.
Pada tahun itu, taman perumahan tempat saya tinggal tidak dinaiki air tetapi bekalan air dan elektrik terputus. Prihatin dengan keadaan itu agaknya, sebuah keluarga yang dikenali isteri saya di sini - kemudian menjadi rakan keluarga kami - mempelawa keluarga saya berpindah ke rumah mereka di Jalan Langgar, Alor Setar.
Ketika itu, saya memilih untuk tinggal di pejabat kerana kawasan itu masih mempunyai bekalan air dan elektrik. Lagipun saya bimbang jika berulang dari rumah, air naik dan terputus perhubungan. dengan memilih tinggal di pejabat, saya juga dapat memastikan segala berita liputan mengenai banjir dapat dihantar ke Kuala Lumpur. Itulah kali pertama saya terbabit secara langsung membuat liputan mengenai kejadian banjir.
Bahkan sepanjang ingatan saya, ada sekali sahaja dalam hidup saya mengalami banjir besar iaitu sekitar awal 1970-an. Saya difahamkan ketika itu seluruh negara menghadapinya. Rumah saya di kampung dinaiki air setinggi separas betis. Namun sekolah dibuka seperti biasa. Masih segar dalam ingatan, saya terpaksa menjinjit kasut sekolah dari rumah ke tepi jalan raya tempat menunggu bas sekolah dan memakainya ketika dalam bas. Itulah kejadian yang pertama dan terakhir yang saya lalui.
Selepas itu, sewaktu bertugas di Kuala Lumpur, saya biasa melihat banjir kilat. Walaupun saya berkahwin dengan orang Kelantan, saya tidak pernah melalui pengalaman banjir besar kerana tidak pernah bercuti dan berada di kampung mertua pada waktu itu.
jadi, saya tidak pernah lalui pengalaman tinggal di pusat pemindahan banjir. Namun saya biasa melihatnya terutama sewaktu membuat liputan selepas peristiwa tsunami melanda Kota Kuala Muda pada 2004 dan banjir di Kedah pada 2005.
Namun tahun ini berbeza sekali. Kali ini saya terperangkap di rumah selama kira-kira empat hari. Walaupun rumah saya tidak dimasuki air, kawasan sekeliling dipenuhi air. Taman perumahan berdepan rumah saya dinaiki air separas betis. Jalan masuk ke taman itu juga dinaiki air. Begitu juga dengan jalan utama menghubungkan taman itu turut dinaiki air dan sukar dilalui kenderaan ringan.
Walaupun ramai juga penduduk di taman berhampiran berpindah ke pusat pemindahan banjir atau ke rumah saudara-mara mereka di tempat lain, ada juga penduduk di situ yang tidak berbuat demikian. Sebaliknya surau di taman itu menjadi tempat mereka berteduh dan berlindung kerana binaannya yang tinggi. Adalah sekitar 40 hingga 50 orang tinggal di situ.
Setiap hari saya terpaksa mengharung air untuk ke surau berkenaan. Bertemu mereka di situ memberi peluang kepada saya memahami dengan lebih dekat bagaimana perasaan orang yang ditimpa bencana banjir. Dan pelbagai cerita juga sampai ke telinga saya.
Walaupun taman perumahan itu dinaiki air, bekalan air bersih terputus kerana loji yang membekalkan air ke situ dipenuhi air bah. Tetapi bekalan elektrik masih ada seperti biasa.
Pada hari Rabu minggu berkenaan, saya masih bertugas seperti biasa. Air di taman perumahan berhampiran, sudah mula dinaiki air. Saya pulang ke rumah pada waktu tengahari seperti biasa selepas mengambil anak di sekolah. Sewaktu melalui rumah jiran kerana hendak ke tempat kerja pada sebelah petang, saya dapati ada beberapa jiran meletakkan tong dan baldi kosong di depan rumah mereka. Saya segera teringat, bekalan air tidak ada. Saya berpatah balik dan menyediakan tong serta baldi kosong di depan rumah sambil berpesan kepada anak untuk melihat jika ada lori membawa bekalan air sampai. Saya turut menelefon isteri mengenai hal itu.
Apabila pulang ke rumah pada petang itu, saya mendapat tahu mengenai peristiwa yang kurang enak didengar dan dilihat. Rupa-rupanya banjir memang menguji kesabaran manusia! Petang itu bermulalah episod melihat dan mendengar pelbagai cerita. Apatah lagi keesokannya sekeolah ditutup dan air mula melimpah ke jalan raya. Saya terpaksa mengambil cuti bimbang air naik dan masuk ke rumah.
Apabila air bah, wajah sebenar manusia pun terdedah. Itulah kesimpulan yang sempat saya lakukan dalam tempoh sesingkat itu. Manusia boleh jadi lupa diri, tidak sabar, tamak dan mementingkan diri hanya kerana terputus bekalan air. Bayangkan lori bekalan air tiba untuk mengagihkan air dari rumah ke rumah, tetapi ada juga manusia yang tidak sabar dengannya.
Ada seorang jiran menceritakan kepada saya, sebenarnya sikap tidak sabar, katanya. Apabila seorang mula membawa tong dan mengejar lori, maka yang lain jadi terpengaruh dengannya. Ada yang memberitahu saya, ada adegan tolak menolak tong air ketika air dimasukkan ke dalam tong.
Bahkan ada lori ditahan di tengah jalan dan drebarnya dimarahi kerana tidak mahu memberikan air kepada mereka. Walhal drebar lori itu sudah menyatakan dia membawa bekalan air itu untuk kawasan tertentu dan ada lori lain lagi akan datang untuk membawa bekalan yang sama.
Khabarnya ada juga pemimpin masyarakat yang membolot bekalan air untuk dirinya. ketika jiran lain dalam kesusahan ketiadaan setitik pun air untuk diminum, ada tetangga yang nampak orang berkenaan mengeluarkan periuk besar dan mencucinya seolah-olah tiada masalah air. Ada juga melahirkan rasa dukacita kerana hanya selepas tiga hari baru nampak muka pemimpin masyarakat.
Sebahagian daripada kejadian itu saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah keadaannya di pusat penempatanbanjir yang mempunyai ribuan manusia. Sudah tentu lebih lagi kerenahnya.
Kejadian itu segera menyedarkan dan menginsafkan kita. Melihat kepada pelbagai latar belakang manusia, ternyata penyakit hati sama saja seperti penyakit fizikal yang lain, boleh menyerang manusia tanpa mengira siapa mereka. Tidak mengenal lokasi, usia, pangkat, darjat, keturunan, warna kulit mahupun kerjaya. Ahhh.... penyakit hati boleh saja menyerang sama ada yang bekerja sebagai guru mahupun tidak.
Cikgu, besarnya cabaran yang menanti. Bukankah pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek? Bolehkah kita melahirkan warga yang sentiasa bersikap berlapang dada pada waktu senang mahupun susah? Apakah impian masyarkat penyayang boleh menjadi kenyataan atau hanya satu igauan?
(rencana ini disiarkan dalam Kolum Sekali Bicara, majalah Pendidik, Disember 2010)
PETIKAN
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG
Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.
PANDUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012
Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
(Kedah, Kelantan, Terengganu)
Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)
------------------------------------------------------------------
Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)
Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan