PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Khamis, 19 Februari 2009

7 masalah pembelajaran murid peringkat rendah

Oleh Mohd Fuad Razali

HARI ini saya menghadiri perjumpaan dengan ibu bapa murid-murid Tahun Enam di sebuah sekolah di Alor Merah, Alor Setar, Kedah.

Pihak sekolah mengaturkan pertemuan itu untuk membentangkan kepada ibu bapa mengenai perancangannya bagi mempersiapkan murid-murid Tahun Enam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Ia juga membolehkan ibu bapa memberi maklum balas dan cadangan berhubung perancangan itu, terutama yang membabitkan masalah pembiayaan.



Walaupun perjumpaan itu dibuat pada jam 4.30 petang, nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Guru besar menganggarkan kira-kira 80 orang ibu bapa menghadiri perjumpaan berkenaan berbanding 119 calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Jika diandaikan seorang murid diwakili seorang waris, maka kehadiran itu kira-kira 67 peratus. Cukup baiklah bagi sebuah sekolah di kawasan luar bandar.

Saya tertarik untuk berkongsi mengenai masalah yang masih lagi berlegar di kalangan murid seperti dibentangkan kepada ibu bapa oleh guru besar sekolah berkenaan petang tadi. Beliau menyenaraikan tujuh perkara mengenainya iaitu:

1. Tiada matlamat yang jelas. Kata guru besar, ramai murid masih tidak mempunyai matlamat yang jelas. Mereka tidak tahu apa cita-cita mereka dan mengapa mereka datang ke sekolah. "Ada yang mengaku datang ke sekolah kerana di suruh oleh emak mereka. Malah, ada yang tidak tahu pun apakah tujuan dan matlamat mereka belajar," katanya.

2. Tidak menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh. Kata guru besar, ada murid yang faham sewaktu guru mengajar tetapi selepas beberapa waktu mereka lupa mengenai apa yang sudah dipelajari. "Sewaktu belajar, murid diberi kemahiran. Kemahiran itu memerlukan banyak latihan. Dengan latihan, mereka akan lebih memahami apa yang diajar dan mengingatinya," katanya.

3. Disiplin belajar yang rendah. Misalnya, sewaktu guru mengajar di dalam kelas, apabila ada rakan yang mengganggu seperti mencuit dari belakang, murid yang diganggu akan hilang tumpuannya terhadap pengajaran guru kerana melayani gangguan rakannya.

4. Tiada kesedaran mengenai kepentingan ilmu dan kemahiran. Kata guru besar, ada murid yang masih belum menyedari bahawa ilmu dan kemahiran penting untuk masa depan mereka.

5. Kurang menguasai teknik dan kemahiran belajar. Mengikut kata guru besar, ada murid yang membuat kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru dengan bersungguh-sungguh, malangnya hasilnya tidak seberapa. "Amat malang bagi murid sebegini," katanya. Beliau berkata, jika murid berkenaan rajin, lama kelamaan ia akan menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.

6. Tidak membuat kerja rumah. Kata guru besar, ada di kalangan murid yang tidak membuat kerja rumah, terutama murid lelaki. Disebabkan tidak membuat kerja sekolah, buku latihan selalu bertukar dengan buku latihan yang baru. "Sekejap-kejap buku latihan yang baru. Selalu sangat. Alasannya buku latihan hilang," kata guru besar.

7. Kurang bermotivasi untuk belajar.

Berdasarkan senarai di atas, saya kira tugas guru kini menjadi bertambah berat, terutama yang bertugas di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Jika soal memastikan anak buat kerja rumah dan latihan, saya kira bab ini ramai ibu bapa yang boleh tolong. Bukan tolong buat kerja rumah untuk anak-anak, tetapi tolong pantau dengan bertanyakan anak-anak: hari ni ada kerja rumah tak? Kerja rumah dah buat ke belum?

Tetapi apabila datang bab murid tidak mempunyai matlamat yang jelas serta tidak menguasai teknik dan kemahiran belajar, bukan semua ibu bapa dapat membantu. Pada hemat saya, anak-anak tidak akan mempunyai matlamat yang jelas jika ibu bapa sendiri tidak jelas matlamat ia menghantar anaknya ke sekolah. Begitu juga dengan teknik dan kemahiran belajar, bukan semua ibu bapa - walaupun yang pernah pergi ke sekolah dan memasuki universiti - dapat membantu memberi tunjuk ajar mengenai teknik dan kemahiran belajar kepada anak-anak mereka.

Tetapi saya percaya guru-guru, dengan latihan serta semangat, jika ini ada pada mereka, dapat membantu memberi wawasan dan hala tuju kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah. Begitu juga dengan teknik dan kemahiran belajar, nampaknya guru-gurulah yang kena bantu.

Sebab itulah, ketika adik saya menghubungi saya untuk mendapatkan pendapat sewaktu dia hendak memohon kursus perguruan di maktab (sekarang institusi pendidikan guru), soalan pertama yang saya tujukan adakah dia benar-benar berminat dengan profesion keguruan. Bagi saya, kerjaya guru berbeza daripada kerjaya lain. Kerjaya guru membabitkan pembinaan insan. Kerjaya guru tidak sesuai untuk orang yang hanya sekadar bekerja untuk cari makan!

1 ulasan:

Awanama berkata...

sy mtk izin copy..terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)