PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Selasa, 22 Februari 2011

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Oleh Mohd Fuad Razali

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 diumumkan semalam. Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon dilaporkan lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan itu. Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 Nov hingga 16 Dis tahun lepas di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2010, sebanyak 47,369 adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,591 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon sekolah integriti.


Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009. Calon yang mendapat 4A daripada lima mata pelajaran juga merosot iaitu sebanyak 39 orang berbanding 60, manakala calon yang mendapat 4A dalam empat mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 297 berbanding 259 tahun sebelumnya.

Hari ini, Bernama melaporkan beberapa kejayaan pelajar yang membuktikan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kejayaan mereka sekali lagi membuktikan bahawa kemiskinan dan kecatatan bukan penghalang dan alasan. Bacalah petikan kejayaan mereka:


Di Pulau Pinang, anak pengawal keselamatan, Norwahida Mohd Jamal, 20, tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang 4A dan menyifatkan keputusan itu sebagai detik awal untuk mengubah nasib keluarganya. Beliau mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.


Di Johor, Muhamad Nadhir Abdul Nasir membuktikan kecacatan penglihatan yang dialaminya sejak berumur sembilan tahun tidak menghalang untuk meraih keputusan 3A 1B dalam peperiksaaan STPM. Muhamad Nadhir, 20, pelajar Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, disenaraikan sebagai pelajar cemerlang negeri Johor bagi kategori calon istimewa (buta) selepas mendapat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah dan B dalam Pengajian Perniagaan. Anak ketiga daripada enam adik beradik yang mengalami cacat penglihatan (B2) selepas menghidap sakit mata itu berkata beliau berbangga dengan penat lelahnya belajar bersungguh-sungguh membuahkan kejayaan cemerlang.

"Saya belajar macam biasa setiap hari dan hanya belajar menggunakan braille bagi mata pelajaran Sejarah. Kejayaan hari ini adalah dorongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan," katanya yang ditemui selepas pengumuman STPM Johor. Muhamad Nadhir yang bercita-cita menjadi seorang usahawan berharap kejayaannya hari ini dapat dijadikan ikutan buat rakan senasib dengannya untuk lebih berjaya pada masa depan.

Di Kelantan, kelibat Attarmizi Ramli dan ibunya Nor Aizan Mohd Nor menjadi perhatian ramai kerana penampilan kedua-dua mereka ke SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, berbeza hari ini apabila Attarmizi muncul pelajar cemerlang STPM semalam. Pada kebiasaannya, Nor Aizan akan sibuk dengan tugasan menyapu dan membersih kawasan sekolah, manakala Attarmizi pula tekun mengikuti pengajian dalam kelas. Ibu berumur 46 tahun itu, membuktikan beliau mampu memberi didikan sempurna kepada anaknya walaupun beliau sendiri tidak berpelajaran dan hanya bekerja sebagai seorang tukang sapu di sekolah. 

"Walaupun saya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah yang sama dengan Attarmizi, tetapi dia tidak malu bahkan kami selalu bertemu untuk memberi kata semangat terutama ketika Attarmizi sedang menjalani peperiksaan STPM. Untuk mengajarnya saya tidak pandai tetapi hanya kata dorongan boleh saya berikan," katanya kepada pemberita, semalam. Attarmizi mencatat keputusan cemerlang dalam lima mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Kesusasteraan Melayu, Sejarah dan Geografi.

Attarmizi ketika ditemui berkata kejayaan itu adalah hadiah kepada ibu dan bapanya, Ramli Che Hussin, 51, yang tidak jemu memberi dorongan untuknya terus berjaya. "Saya kesian setiap kali tengok mak sapu kawasan sekolah, sebab itulah saya berazam nak belajar bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan dan bantu mak dan ayah, ini (keputusan cemerlang) ibarat hadiah untuk mereka," kata anak keempat dari tujuh beradik itu. Attarmizi yang bercita-cita menjadi seorang guru sejarah itu berkata beliau berhasrat menyambung pengajiannya di UPSI selepas ini.

Di Selangor, pengorbanan Norhidayah Abdul Aziz, 21, menamatkan pengajian di kolej swasta di negeri ini akibat masalah kewangan dan menyambung pelajaran di sekolah biasa, amat berbaloi apabila cemerlang dalam peperiksaan STPM dengan keputusan 4A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya. "Saya masih rasa seperti mimpi namun hari ini saya percaya setiap yang berlaku pasti ada rahmat dari-Nya, syukur kerana usaha saya selama ini berbaloi dan memudahkan saya untuk mencapai impian yang tertangguh," katanya ketika ditemui di sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) di sini hari.

Norhidayah yang merupakan anak tunggal kepada ibu bapa yang telah berpisah itu berkata apa yang penting dalam hidup ialah sentiasa bersemangat untuk menjadi yang lebih baik dan jangan biarkan masalah mengganggu perjalan hidup seseorang itu. Beliau berkata ketika mahu menyambung pengajian semester kedua di peringkat Diploma Syariah dan Perundangan Islam, dia dimaklumkan permohonan pinjamannya gagal dan perlu menggunakan wang sendiri sekiranya ingin mahu belajar.

Katanya, walaupun berat namun terpaksa akur kerana tidak mampu menaggung kos bagi meneruskan pengajiannya ketika itu dan mengambil keputusan untuk masuk ke sekolah menengah semula untuk mengambil peperiksaan STPM. "Saya duduk di asrama dan sibuk dengan pelbagai aktiviti, kadangkala tidak dinafikan penat dan masa terhad namun kita kena pandai cari masa tidak perlu lama-lama biar sekejap asalkan kita betul-betul fokus dan faham apa yang dipelajari," katanya yang turut mengamalkan memakan kismis setiap hari. Norhidayah yang bercita-cita menjadi seorang peguam berharap dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya (UM).

Sementara itu, Chan Kei Yaik, 20, dari Sekolah Menengah Tinggi Klang yang juga mendapat keputusan 4A berkata kemudahan teknologi masa kini banyak membantunya ketika mengulang kaji pelajaran. Katanya, rutin hariannya yang belajar secara dalam talian melalui forum dan perbualan di internet memberikan peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat dengan calon-calon STPM dari seluruh negara. "Saya belajar sendiri setiap hari dari pukul 8 malam hingga 11 malam secara dalam talian untuk berkongsi soalan dengan rakan-rakan ia memang membantu," katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini. Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata beliau tidak sangka mimpi mendapat keputusan cemerlang pagi ini menjadi realiti sebaik membuka keputusan yang diberikan oleh gurunya.

Ibu kepada Chan, Kate Tang, 54, berkata walaupun anaknya mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi enggan melanjutkan pelajaran ke kolej kerana memilih universiti tempatan. "Saya ada minta Chan sambung ke kolej, tetapi tidak mahu kerana bagi Chan kolej hanya seperti pusat tuisyen berbanding universiti yang lebih gah dan diperakui," katanya.

1 ulasan:

Awanama berkata...

gambar di atas adalah pelajar stpm 2010 smk tengku bariah kuala terengganu..sekolahku!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)