PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Khamis, 13 Januari 2011

Tingkatan satu dan tingkatan empat bukan tahun berbulan madu!

Oleh Mohd Fuad Razali

APABILA fajar menyinsing pada 3 Januari lalu, sesi persekolahan 2011 pun bermula di seluruh negara. Serentak pada hari yang sama. Masih belum terlewat rasanya saya ingin mengucapkan selamat belajar kepada semua pelajar yang baru (baru masuk sekolah) dan yang lama.

Kepada pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, Isnin lalu, secara automatik semua naik kelas. Yang belajar di Tahun 6 di sekolah rendah tahun lalu, masuk ke tingkatan satu tahun ini manakala yang belajar di tingkatan tiga pula tahun lalu, melangkah masuk terus ke tingkatan empat.



Keputusan peperiksaan UPSR sudah diumumkan pada 11 November 2010 dan PMR dimaklumkan pada 23 Disember 2010 yang lalu. Bermacam-macam reaksi pelajar boleh dilihat apabila keputusan kedua-dua peperiksaan itu diumumkan. Ada pelajar yang gembira kerana berjaya mencapai keputusan seperti yang disasarkan. Ada yang sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti diharapkan. Tidak kurang juga yang terkejut kerana ada yang mendapat keputusan yang tidak disangka-sangka - lebih daripada apa yang diharapkan. Ibu bapa pun sama. Reaksi mereka pun bermacam-macam. Ada yang tumpang gembira. Ada yang tumpang sedih pun ada.

Kepada yang berjaya mencapai keputusan yang disasarkan dalam peperiksaan itu, bersyukurlah. Kepada yang tidak, jangan putus asa, kerana anda tidak gagal, tetapi anda hanya belum berjaya mencapai apa yang diharap dan diimpikan. UPSR dan PMR bukanlah akhiran bagi segala-galanya. Kedua-duanya hanyalah satu permulaan. Ada peperiksaan yang lebih penting daripada itu sedang menunggu pelajar semua: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - sijil paling mustahak yang akan menentukan hala tuju pelajar selepas tamat persekolahan tingkatan lima.

Apa pun keputusan yang diperoleh dalam UPSR dan PMR yang lalu, sudah menjadi sejarah. Terima kenyataan bahawa itulah keputusan yang diperoleh. Ibu bapa pun perlu belajar menerima kenyataan ini.

Sama ada pelajar mendapat atau tidak apa yang diimpikan dalam peperiksaan yang lalu, seperkara penting ialah ambil iktibar daripadanya. Jika mendapat keputusan cemerlang, sudah tentu ada perkara-perkara yang diamalkan dan dilakukan yang membawa kepada kecemerlangan itu. Perkara-perkara yang baik itu perlu diteruskan dan diperkukuhkan.

Begitu juga dengan yang belum berjaya mencapai impian masing-masing, lakukan muhasabah diri. Pelajar sendiri lebih mengetahui apa yang mereka lakukan sepanjang tiga tahun persekolahan yang lalu. Pelajar sendiri lebih mengetahui bagaimana cara mereka belajar. Jujur dengan diri sendiri. Kita memperoleh keputusan sesuai dengan apa yang diusahakan. Ambil iktibar daripada pengalaman lalu. Amalan yang baik hendaklah diteruskan, manakala yang buruk hendaklah ditinggalkan.

Yang penting, pelajar-pelajar perlu beringat bahawa tingkatan satu dan tingkatan empat bukanlah tahun berbulan madu. Bagi yang mendapat semua A dalam UPSR dan PMR yang lalu, jangan seronok sangat sehingga leka. Itu bukan jaminan pelajar-pelajar akan dapat mengulangi kecemerlangan yang sama. Belum tentu lagi jika nak 'berbulan madu' sewaktu di tingkatan satu dan tingkatan empat. Apatah lagi bagi yang belum berjaya mendapat apa yang dicita-citakan. Pendek kata, semua kena bermula daripada sekarang walaupun PMR tiga tahun lagi dan SPM tahun depan.

Ingat, tingkatan satu dan tingkatan empat bukan tahun bulan madu. Renung-renungkan!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)