PETIKAN

PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya, halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya, keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.

- PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)



PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Khamis, 21 Julai 2011

Media sosial baru bukan kewartawanan sebenar: Prof Janet Steele

Daripada Ahmad Kamal Dahalan

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat.



 Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak dan serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional.

"Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi. Oleh itu, laporan berita oleh wartawan mesti disemak dengan teliti oleh editor sebelum disiarkan, berbeza dengan media baru yang tidak memerlukan sebarang pengawasan," kata beliau kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) di sini Rabu.

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk 'Keadilan dan Kewartawanan: Islam dan Nilai-nilai Kewartawanan di Malaysia dan Indonesia' di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan.

Kira-kira 50 pelajar pasca-siswazah dari UM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menghadiri majlis syarahan itu. Steele, yang fasih berbahasa Indonesia, menulis dalam ruangan mingguan "E-Mail from America" bagi akhbar Surya Daily di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Steele, seorang tokoh terkenal dalam kalangan media Malaysia dan Indonesia, berkata media tradisional iaitu media cetak dan elektronik, berdepan pelbagai cabaran dalam persaingan dengan media baru, yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Beliau juga berkata semua pengamal media seharusnya mengamalkan sembilan elemen universal dalam kewartawanan yang baik.

"Sembilan prinsip kewartawanan yang baik terdiri daripada tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran; kesetiaan kepada warganya; disiplin dalam penentusahan; mengekalkan semangat dan minda yang bebas; bertindak sebagai pemantau kuasa yang bebas; serta menyediakan forum bagi kritikan dan kompromi awam.

"Mesti berusaha untuk menjadikan perkara yang penting supaya menarik dan relevan; mesti memastikan berita yang komprehensif dan mencukupi; dan mesti dibenarkan untuk menggunakan kebijaksanaan sendiri turut terkandung dalam prinsip kewartawanan," katanya.

Steele berkata wartawan Muslim di Malaysia dan Indonesia mungkin tidak terdorong oleh matlamat kebebasan, namun mereka memahami peri pentingnya untuk menyatakan apa yang benar kepada kalangan yang berkuasa dan menghentikan perkara yang salah menerusi perkataan yang mereka gunakan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal I:
Hari Persekolahan (03.01.2012-08.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (09.03.2012-17.03.2012)
Hari Persekolahan (18.03.2012-24.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2012-09.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (10.06.2012-16.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (17.08.2012-25.08.2012)
Hari Persekolahan (26.08.2012-08.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (09.11.2012-31.12.2012)

------------------------------------------------------------------

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal I:
Hari Persekolahan (04.01.2012-09.03.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (10.03.2012-18.03.2012)
Hari Persekolahan (19.03.2012-25.05.2012)
Cuti Pertengahan Tahun (26.05.2012-10.06.2012)

Penggal II:
Hari Persekolahan (11.06.2012-17.08.2012)
Cuti Pertengahan Penggal (18.08.2012-26.08.2012)
Hari Persekolahan (27.08.2012-09.11.2012)
Cuti Akhir Tahun (10.11.2012-31.12.2012)